4 amalan yang nampak kecil tapi besar nilainya jika betul niat

Ada 4 amalan yang pada pandangan kita mungkin nampak kecil saja. Tapi ia boleh mendapat redha Allah jika kita memasang niat yang betul.

niat yang betul

Pertama

  • Bila kita nampak semut, maka janganlah kita membunuhnya. Carilah redha ALLAH melaluinya. Kita niat mengapa kita tak bunuh semut tu kerana kita tahu semua itu bertasbih kepada ALLAH, maka kita tak mahu hentikan tasbih tersebut dengan membunuhnya. Dengan kebaikan itu semoga ALLAH mengasihani kita sebagai mana kita mengasihani makhluk ciptaanNya.

Kedua

  • Bila kita nampak burung (atau binatang lain) sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kita lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia minum dengan aman tanpa rasa terganggu. Kita niatkanlah untuk cari redha ALLAH dengan membiarkan binatang itu terus minum dengan aman. Semoga dengan kebaikan itu ALLAH akan sudi mengamankan kita pada hari di mana nyawa telah sampai di tenggorok (sakaratul maut) kita kelak.

Ketiga

  • Bila kita hendak mengusir kucing atau binatang lain yang sedang mengganggu perjalanan, jangan sergah binatang itu hingga membuatnya terkejut lari lintang pukang. Carilah redha ALLAH melalui kebaikan kita mengusir binatang pun dengan penuh kelembutan dan berhemah.

Keempat

  • Bila kita terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat kita membuang itu kerana hendak memberi makhluk lain makan. Carilah redha ALLAH melalui niat kebaikan begitu. Semoga ALLAH mengurniakan kita rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka.

InsyaAllah apabila kita berniat dengan niat yang betul, niatkan dengan niat membuat kebaikan, dengan itu semoga ALLAH melepaskan kita dari kesusahan samada di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

Ayuh marilah berbuat kebaikan walau sekecil mana pun kerana kita tidak akan tahu amalan mana yang ALlah redha. Dan amalan mana yang dapat memasukkan kita ke syurga ALLAH yang dipenuhi nikmat itu.

“Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dari niat dan sesungguhnya bagi setiap seorang itu (ia akan memperolehi berdasarkan) untuk apa yang diniatkannya….” (Mafhum hadith)

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(252)

921 total views, 6 views today

Share Button
BAGUS(4)TAK bagus(0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam