30 Tips Mudah Untuk Ubah Sikap
Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Ada orang tanya saya. Macammana nak ubah sikap dengan mudah? Dia kata dah puas dia berusaha untuk berubah. Tapi tak berjaya sampai sekarang.
Bagi saya, untuk ubah sikap tak begitu mudah. Kita perlu tekan nafsu, lawan perasaan. Dan ini bukan kerja mudah.
Walau tak mudah, tapi tak juga susah. Dengan cara befikir dan tindakan yang betul, insyaAllah sesiapa saja mampu ubah sikap menjadi lebih baik.
Baiklah, saya kongsikan dengan anda beberapa (30) tindakan yang boleh anda buat untuk ubah sikap anda.
Untuk berubah :
- Anda kena ubah cara fikir.
- Fikir hanya perkara positif.
- Anda perlu fokus benda yang positif dalam hidup.
- Lihatlah hikmah atau kebaikan dalam setiap perkara.
- Berhenti melihat keburukan.
- Berhenti melihat keburukan orang.
- Jangan lihat kesalahan orang lain.
- Jangan terasa diri tu bagus sangat.
- Jauhi sikap sangka buruk.
- Anda kena pandai untuk menghargai sesuatu
- Belajar menghargai orang lain.
- Hargai jasa kawan.
- Buang sikap suka berlengah lengah.
- Tanamkan sifat suka buat “ON TIME” ( segera ).
- Cuba bisikkan pada diri perkataan ini setiap hari “LAKUKAN SEKARANG”. Berhenti daripada sikap suka bertangguh.
- Pandang kebaikan pada setiap perkara.
- Jangan suka mengkritik orang.
- Jangan kutuk orang lain.
- Jadilah orang yang optimist
- Cakap yang baik saja.
- Banyakkan cakap pasal kebahagiaan, pasal kesihatan, pasal hikmah, pasal kelebihan dan pasal kesyukuran.
- Ucap syukur dalam semua perkara.
- Redha dengan ketentuan Allah.
- Jangan sangka buruk dengan Allah.
- Sentiasa minta ampun pada Allah atas segala kelemahan dan kelalaian.
- Maafkanlah orang lain.
- Doakan kebaikan untuk orang lain juga.
- Cuba senyum dan ceria selalu.
- Jaga tutur kata, ucapkan yang baik-baik saja.
- Betulkan cara fikir. Hanya fikirkan kebaikan.
Cuba lakukan sedaya mungkin semua 30 perkara diatas. Kalau tak dapat buat semua, jangan pula tinggalkan semua.
Kata kunci untuk berubah ialah AMBIL TINDAKAN. Ayuh, mulakan tindakan anda sekarang!
Artikel lain yang best-best :
Email Artikel Ini Kepada Kawan2








kata seorang ustaz, senang sahaja nak ubah sikap, yakni hanya dengan mengingati mati setiap masa, pastilah automatik perangai / sikap kita dapat diubah.
begini, apabila mengingati mati setiap saat, kata ustaz lagi, kita akan menjadi manusia yang paling cemerlang di dunia malah di akhirat kerana setiap detik, setiap saat dan setiap masa kita akan sentiasa buat yang terbaik pada segala benda yg ada disekeliling kita, kerana kita akan khuatir tak mampu lagi nak buat yg terbaik untuk hari esok dan seterusnya.
sebagai cth, kita akan menjadi pekerja paling dedikasi, efisyen dan cemerlang kepada bos kita, kerana kita sentiasa cuba buat yg terbaik atas amanah yg dipikul. kita juga takkan lagi bertangguh dalam semua urusan kerja yang telah dipertanggungjawabkan malah kita akan sentiasa bersemangat dalam menghasilkan output yang cemerlang di dalam bidang tugas kita.
begitu juga halnya dengan pasangan kita, dengan org tua kita, dgn anak-anak kita, kita akan menjadi manusia terbaik kepada mereka kerana kita sentiasa ingatkan mati, maka, matlamat menjadi manusia terbaik untuk mereka pada hari tersebut sentiasa tersemat di hati keraa kita bimbang takkan mampu bersama mereka lagi pada hari esok.
begitu juga hubungan dengan rakan-rakan, kita akan menjadi kawan yang paling terbaik di mata mereka, kerana kita takut kita mati dalam keadaan imej kita tercalar, maka kita sentiasa bawak imej islam yang baik di mata kawan-kawan.
begitu juga hubungan dengan Allah, kita akan sentiasa melakukan kebaikan, amal dan ibadah, sentiasa mengejar pahala dan sentiasa menjadi manusia bertakwa kerana kita sentiasa ingat pd hari kematian yang akan menjelang pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang.
maka, kata ustaz lagi, hanya dengan ingat pada kematian, kita akan menjadi mukmin / muslim yang profesional dan terbaik.
jangan lupa, kita juga bergerak dengan membawa imej Islam, maka jangan biarkan orang lain nampak kita mengamalkan Islam secara serpihan, kelak nanti imej Islam akan tercalar.
selamat mencuba
sekadar berkongsi apa yg ustaz sampaikan
(p/s: ingatkan diri sendiri juga)
wanita bertudung hijau´s last [type] ..Mesti baca
Well-loved. Like or Dislike:
9
0
[Balas Di Sini]
rusdi yusuf Reply:
November 15th, 2011 at 9:19 pm
@wanita bertudung hijau, betullah dengan ingat mati,maka mudahlah nak ubah sikap.tp mcamana nak maintain ingat mati setiap masa.ini masalahnya.sama juga tip yang pakar kita tu bagi,dari mana kita boleh dapat kekuatan untuk amalkan saranan tersebut.
Well-loved. Like or Dislike:
4
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 16th, 2011 at 9:26 am
@wanita bertudung hijau,
Terima kasih banyak2 atas input yang sangat baik ini.
Benar sekali kata ustaz tu.
Rahsia paling berkesan untuk berubah ialah INGAT MATI SETIAP MASA!!!
So, saper yang betul2 nak berubah…
INGAT MATI! sokmo2…
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
rusdi yusuf : macam mana nak maintain ingat mati?
ingatlah bahawasanya kematian itu pasti, akan dtg bila-bila masa, takkan bertangguh walau sedetik kalau dah tiba masanya,
dunia hanya sementara, dunia hanya alat / landasan utk kita ke alam seterusnya, jgn tertipu dgn duniawi,
semua org tahu kita akan mati, semua org tahukan? tapi tak semua org bertindak / bersedia utk mati, ramai yg bertindak seseolah akan hidup selamanya, betul tak?
ustaz kata, org yg paling bijak adalah org yg sentiasa ingat pada saat kematian dan org yg paling-paling bijak adalah org yg sentiasa bersedia menghadapi kematian
ustaz kata hanya dengan mengingati mati, kita mampu muhasabah diri kita menjadi manusia beriman dan bertakwa
mati itu sentiasa pasti, kita sedang menuju ke situ
p/s : sy ingatkan diri sendiri juga
wanita bertudung hijau´s last [type] ..Tentang berita hari ni
Well-loved. Like or Dislike:
4
0
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 16th, 2011 at 2:07 pm
@wanita bertudung hijau,
terima kasih banyak2 kerana selalu tinggalkan komen.
saya sangat suka ‘wanita yang bertudung hijau’….hehehehe
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
rusdi yusuf Reply:
November 16th, 2011 at 9:24 pm
@wanita bertudung hijau, cakap senanglah puan bertudung ijau..cuba time perut kenyang atau baru dapat gaji..langsung tak ingat mati dah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
0
[Balas Di Sini]
cakap senanglah wanita bertudung hijau..tapi time perut kenyang dan baru dapat gaji..langsung tak ingat mati dah..maknanya kita memang susah nak maintain..apa kata puan tolong pikir mcmana.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
3en rusdi : tak kiralah tgh kenyang ke, dpt gaji ke, dpt bonus ke, sy tetap akan ingat mati, kalau tak ingat mati, sy termasuk dlm golongan yg rugi, kerana mati itu takkan ditunda-ditunda masanya, kerana mati itu adalah janji Allah Taala
terpulang pd en rusdi kalau tak nak ingat mati, sy hny sampaikan pesanan drpd ustaz, pd sy pesanan itu sgt bermakna, sy akan ingat selagi hayat dikandung badan
ustaz pesan lagi, kena selalu check hati, apabila tak ingat mati, tak takut hati, barangkali hati dah gelap / hati dah keras, apabila hati keras, hidayah payah nak serap masuk. hidayah ni bkn tggu Allah nak bagi, tp kita yg kena usaha.
sbg contoh, hati kita ni ibarat cawan, kalau cawan tu kotor, mcm mana nak masukkan air yg putih bersih yakni hidayah, pastinya air putih bersih td akan turut kotor
maka, cawan tadi perlu sentiasa dibersihkan supaya air bersih yg nak masuk td takkan kotor lagi
begitulah dgn hidayah Allah, kalau nak hidayah drpd Allah, kenalah selalu bersihkan hati, kena selalu ingat pd mati, apabila ingat mati, kita akan sentiasa berubah / akan sentiasa muhasabah diri menjadi yg terbaik antara yg terbaik, dan hidayah senang nak serap masuk
begitulah
jgn salah Allah kalau kita tak dapat hidayah Allah,
nak ingat mati adalah perkara yg paling senang sekali,
kerana kita sedang menuju ke situ
yg susah adalah nak bersedia utk mati. tak semua org mampu realisasikan.
wanita bertudung hijau´s last [type] ..al-futur
Suka Hijau / TakSuka Merah :
3
0
[Balas Di Sini]
rusdi yusuf Reply:
November 17th, 2011 at 2:07 pm
@wanita bertudung hijau, wanita tudung ijau…baca semula komen saya..saya cuma tanya mcmana nak ingat mati..kenapa awak melompat lompat sampai jauh sangat?isy isy,,,
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
1
[Balas Di Sini]
saya tidak melompat, sy berckp ttg matilah tu
awk cakap awk tidak mampu ingat mati ketika kenyang atau dpt gaji, maknanya awak dah tertipu dgn duniawi
Allah dah ckp, ingatlah pada Aku dalam apa jua keadaan, maksudnya kalau kita ingat Allah, kita akan ingat mati secara automatik, sbb slps matilah kita akan bertemu Allah
tolonglah, jgn sesekali tertipu dgn duniawi, bila time senang tak nak ingat mati, tu maknanya hati dah gelap, hati dah keras, bersihkanlah hati, macam bersihkan cawan, macam mana nak bersihkan hati, sentiasa muhasabah diri
ramai org Melayu yg berbaka Islam hanya mengamalkan Islam secara serpihan, tp bangsa lain yg masuk Islam mengamalkan Islam secara keseluruhan
macam mana nak ingat mati? selama ni awak tak pernah ingat pd kematian ke? tak pernah langsung ke? awk rasa awak akan selamanya ke kat dunia ni?
wanita bertudung hijau´s last [type] ..Susah ke nak ingat mati?
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
rusdy Reply:
November 17th, 2011 at 6:52 pm
@wanita bertudung hijau, saya tak kata pun saya tak pernah ingat mati..tapi sya selalu leka dgn bermacam2 hal..so saya nak dapatkan maintain/istiqomah tu…saya tak nak lah retorik cakap terer terer,walhal hakikatnya saya terus hanyut dgn tipuan dunia..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
0
2
[Balas Di Sini]
rusdi yusuf Reply:
November 17th, 2011 at 9:57 pm
@wanita bertudung hijau, saya tak kata pun saya tak pernah ingat mati..just tanya awk mcmana nak maintain/istiqomah..jika tak boleh jawab,tak pe lah..
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
Wah…agak hangat juga perbincangan di sini yer.
Baguss…pertukaran pendapat @ pandangan sebeginilah yang diharapkan.
Tapi diharapkan semua dapat bertukar2 fikiran dengan matang.
Respek dan terima pandangan orang lain dengan terbuka.
Apa2pun…. No stress!….and ‘No hard feelings’ yer.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
0
[Balas Di Sini]
rusdi yusuf Reply:
November 17th, 2011 at 10:54 pm
@PakarHowTo, lhoo,kelihatannya seperti wanita advance gitu,,tapi bila teruji sama orang jahil seperti saya,,langsung di kecam dan di prejudisi saya..ngak apalah,,saya nggak stress atau touching..tapi untuk wanita itu ducap semoga bersabar kurangkan menulis,banyakkan ingat mati,,husnuzzon lah kerna su`uzzon itu akan ditanya`i di sana..terima kasih mas pakar kerna kasi ruang untuk ngomennya.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
1
[Balas Di Sini]
PakarHowTo Reply:
November 18th, 2011 at 12:29 pm
@rusdi yusuf,
sama-sama.
ya, husnuzzon tu sangat penting.
terima kasih atas pandangan.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
1
0
[Balas Di Sini]
oleh kerana dah banyak hukum dan “keprejudisan” keatas saya,maka saya undur diri dulu dengan pesanan bersabarlah..baru sikit ujian tu..dah lompat2 dan touching..disamping menulis banyak2, puan kena baca buku psikologi bnyk sikit..ingatlah mati..hemahlah kerana anda kelihatannya sepertinya orang yang advance,bukan seperti saya yang jahil ni..baru bertanya sikit,dah di kecam.
Suka Hijau / TakSuka Merah :
2
1
[Balas Di Sini]
7