Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

Tips Buat Orang Suka Pada Kita

February 17, 2012 By: PakarHowTo Category: Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Satu hari, lepas habis kerja, aku singgah di maplee (betul ker aku eja maplee ni…huhu) untuk minum petang. Kebetulan, ada seorang kawan berbangsa Cina bernama Yip duduk di sebelah aku. Jarang aku dapat mengeteh dan bersembang-sembang dengan Yip ni, sebab dia bekerja di department yang lain.

Tapi hari tu, entah macammana, terjumpa dia kat maplee. So, kami pun berborak-borak la sambil menikmati minuman kegemaran masing-masing. Aku minum nescaffe kurang manis. Yip pula minum teh o limau.

Topik sembang kami petang tu ialah mengenai seni perhubungan @ teknik komunikasi.

Yip memulakan bicara dengan satu soalan ;

“*Sensei, boleh ajar saya tips-tips macammana nak bagi orang suka sama saya tak?”
(*Sensei bermaksud ‘cikgu’ dalam Bahasa Jepun. Yip merupakan salah seorang anak murid yang belajar Bahasa Jepun dengan aku.)

suka

Hampir tersedak aku mendengar soalan dia. Agak terkejut juga dengan soalan tu. Sebab biasanya kami kalau bersembang, pasti ceritanya mengenai bab-bab kerja saja.

Tapi petang tu lain.

Yip bawak topik yang agak serius, tapi menarik. Iaitu mengenai ‘Bagaimanakah Cara Untuk Buat Orang Suka Pada Kita‘?

“Wahhh…lain macam jer bunyi soalan ko hari ni Yip. Apasal lak tetiba jer tanya macam tu?”, soal aku.

“Takda la sensei. Saya dah lama admire sensei. Saya kagum dengan cara sensei communicate dengan orang lain. Bagus lah.”

“Alahh ko ni Yip. Buat hidung aku kembang jer. huhuhu. Jangan la puji lebih-lebih.”, jawab aku.

Entah kenapa aku terasa macam diawang-awangan jer bila kena puji sikit…hehehe.

“Bukan puji la sensei. Saya cuma cakap, saya suka tengok cara sensei communicate dengan orang. So, I think I have to learn something from you. Itu pasal la saya mintak sensei ajar saya tips supaya orang suka sama kita…”

Hmmmm, setelah melihat Yip yang bersungguh-sungguh benar bertanya dan mintak tips tu, aku pun mula berfikir. Macammana cara aku berkomunikasi dengan orang selama ni.

Setelah aku renung-renung… Ni lah apa yang aku amalkan apabila berkomunikasi dengan orang.

1. Banyakkan Senyum
Aku banyakkan senyum. Dengan siapa pun aku jumpa, memang aku tak lokek senyum. Sebab pada aku, senyum tu tanda hormat kita pada seseorang. Lagipun, aku tahu, muka aku tak hensem. Jadi, untuk cover muka aku yang tak hensem tu, aku senyum jer lah banyak-banyak. Muka tak hensem pun, tapi kalau senyum, at least nampak lah jugak kemanisannya. Betul tak?

2. Cakap Dengan Merendah Diri
Aku cukup tak suka atau benci bila tengok orang sombong atau orang yang cakap besar. Disebabkan aku pun tak suka orang sombong dengan aku, maka aku tahu, aku pun tak boleh sombong atau cakap besar. Aku kena sentiasa merendah diri. So, setiap kali bercakap dengan orang, aku akan sentiasa cakap dengan nada yang sederhana. Hatta masa aku bagi arahan pada anak-anak buah aku pun, aku akan cuba bercakap dengan nada yang baik dan bukan hanya mengarah itu ini. Sebab aku tahu perasaan aku bila kena arah macam-macam dengan boss.

3. Masukkan lawak sikit dalam perbualan
Biasanya kalau aku berborak, aku akan masukkan sikit kata-kata lawak. Hatta bila bercakap dengan boss aku sendiri pun, aku sentiasa cuba untuk cari perkataan-perkataan yang boleh mencuit hatinya. Tapi nak buat ni perlukan sedikit kemahiran ya. Awas, jangan main sedap mulut jer buat lawak. Tengok keadaan dan situasi juga.

4. Kenalpasti apa yang orang minat dan tanya dia pasal benda tu
Biasanya aku akan kenalpasti minat orang yang bercakap dengan aku. Kalau dia minat pasal bola, sikit sebanyak dalam perbualan aku, pasti aku akan sentuh pasal bola. Contohnya, aku akan tanya dia kedudukan liga yang sedang berlangsung atau keputusan perlawanan bola semalam.

Itulah 4 perkara yang aku amalkan masa berkomunikasi dengan orang. Aku tak pasti lah sejauh mana ianya berkesan atau tak. Tapi itulah yang telah @ selalu aku amalkan selama ini.

Oppss, terlupa pulak. Ada 1 lagi tips rupanya. Ni tips nombor5. Tapi tips ni aku tak share pun dengan Yip. Sebab dia bukan Islam. Tips yang ke-5 ialah :

5. Amal baca doa @ ayat pengasih

Sebenarnya, aku ada beberapa ayat pengasih yang aku amalkan setiap  kali berkomunikasi dengan orang. Tapi tak dapat la aku nak share ayat pengasih yang aku amal tu dengan korang kat sini. Sebab ini rahsia aku la. Tapi kalau korang betul-betul nak tahu, aku boleh beritahu kat mana aku ambil @ belajar ayat pengasih tu. Berminat? Aku belajar kat sini. Ada orang tanya, berkesan ker ayat @ doa pengasih ni kalau diamalkan? Aku jawab, kalau benar nak tahu, cubalah amalkan.

Sekian, sekadar berkongsi pengalaman.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

12 Comments to “Tips Buat Orang Suka Pada Kita”


  1. Thanks tips atas ni. Mmg betul pun. Sape suke org masam muka, asik marah2, asik bangga diri sane sini. Meluat ish! ;)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Mama Irfan says:

    Boleh tak Tuan kongsikan contoh2 ayat perbualan yang menunjukan kita sentiasa merendah diri. (Merujuk pd point 2).
    Terima kasih.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @Mama Irfan,
    Pada saya, sekiranya kita tak cakap besar dan tak berlagak, tu maknanya kita merendah diri. Walaupun kita yang berusaha keras buat sesuatu kerja hingga berjaya contohnya, tapi kita tak cakap itu semua usaha keras kita. Sebaliknya cuba kaitkan kejayaan itu dengan pertolongan orang lain.

    Contohnya ;

    “Alhamdulillah, dengan sokongan korang, kerja ni berjaya di selesaikan.”
    “Berkat doa korang, akhirnya aku berjaya buat kerja ni…Alhamdulillah”

    Lagi…

    Mulakan dulu perbualan…contohnya beri salam dan tanya khabar dulu sebelum orang lain. Ini menunjukkan kita tak sombong. Tak sombong maknannya merendah diri lah.

    Lagi…

    Walau kita ada banyak kelebihan, kita tahu banyak perkara, pangkat kita besar, kita ada kedudukan…tapi kita tak perlu dan tak pernah cakap benda tu. Kita anggap kita manusia biasa, kita anggap kita sama macam orang lain juga. Kita layan dan hormat orang lain sepertimana kita harapkan orang layan dan hormat pada kita.

    Ini semua termasuk dalam kategori merendah diri…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. maaf.. lari dari tajuk..
    warna latarbelakang nih… baru lah ceria..
    dulu tu ‘macam’ hambar jer.. maaf

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @dnn_zz,
    terima kasih sokmo atas sokongan tuan
    tq sudi bagi respon juga…tq tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. namakushekin says:

    thx 4 de tips..anyway,ejaan maplee…mapley :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. Bagusnya tip ni. Memang betul la kalau kita selalu merendah diri lebih2 lagi jika kita ni berpangkat lebih tinggi dari yang sedang kita hendak berbicara, mereka akn lebih hormat dan segan dengan kita secara automatik..
    wo shi seha´s last blog post ..Who is Cleverer? Teacher or Student??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Salam tuan,memanglah secara fitrah kita semua akan bahagia kalau semua orang suka dengan kita, ramai kawan dan disenangi.Tapi bukan semua orang dapat kelebihan itu,contohnya orang yang mempunyai masaalah bau badan yang agak serius dikalangan pesakit resdung pada kebiasaannya,untuk bersembang dengan orang lain sudah tentu akan menyebabkan rakan2 yang lain merasa kurang selesa disebabkan bau badan dan nafas yang berbau…kalau masuk dalam lif yang sedang bersembang jadi senyap bila kita masuk…bila naik kereta ramai2 akan ada rakan yang mengesyorkan”tak payah bukak aircon lah”…bila dalam solat berjemaah pula,jemaah disebelah kiri dan kanan pula cepat2 mengundur ke saf kedua atau ketiga bila solat dah selesai.Perkara2 sebegini menyebabkan emosi sipesakit tergangu,menjadi pendiam,suka mengasingkan diri dan rasa diri dipinggirkan.Teringin nak borak dengan rakan2 tapi bila bukak mulut je ada yang mula gosok2 hidung atau terbatuk.Emosi terganggu muka pula jadi muram dan masam,bila keadaan ini berlaku sudah tentu pergaulan dengan orang lain jadi terbatas,tak ramai kenalan,orang pun taksuka berurusan dengan kita sebab muka masam je,rezeki susah nak masuk…Perkara ini berlaku pada diri saya,walaupun sudah mencuba pelbagai ubat tapi tak merubah keadaan pun.Kesimpulannya saya suka bila orang suka dengan saya,tapi apa boleh buat keadaan tak mengizinkan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. tips yang berguna. Kadang2 kita nampak benda yang kompleks untuk buat orang suka kita dan tak nampak benda2 benda simple yang juga boleh buat orang suka.

    side note : dah lama tak melawat blog nih. dah tukar theme. Cantik
    kodinz´s last blog post ..Berhati-hati Memilih Affiliate Program

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. artikelnya menarik minat sekali untuk baca-baca
    tips wajah´s last blog post ..Cara Menghilangkan Komedo

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. nak jengok ayat pengasih tu. hihi!
    tips´s last blog post ..Uban Tidak Makin Banyak Kalau Dicabut

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @tips,
    ayat pengasih ni, kalau nak amalkan, kena istiqamah dan dengan niat yang baik.

    awas, jangan salah gunakan ayat pengasih.
    kelak ia akan memakan diri.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11