3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

Share

Dalam entri kali ni aku nak kongsi tips tenang hati lagi. Sebelum ni pun dah pernah kongsi beberapa tips. Tapi nampaknya ramai lagi orang yang stress dengan hidup.

Eh, mana ko tau ramai orang tak tenang?

Sebabnya, setiap hari aku terima macam-macam email mengadu masalah. Macam-macam yang diorang tulis.

Tertekan, buntu, kecewa, sedih, tak tahu nak buat apa, malah ada meluahkan di email kata dia rasa nak bunuh diri.

Na’uzubillah.

So, bagi aku, email-email aduan tu semua bukti menunjukkan ramai orang hidup tak tenang.

Jadi, kali ni, aku nak kongsi lagi beberapa tips supaya hati tenang dan damai.

tips supaya hati tenang

3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

1. Latih diri dan hati anda untuk sentiasa berasa SYUKUR dan belajar hidup sederhana
Macammana untuk sentiasa rasa bersyukur? Lihatlah orang di bawah anda. Kalau kita hanya ada motor jer, lihatlah orang yang berjalan kaki (tiada motor). Jangan dok mengada pi tengok orang yang pakai Alphard @ Mercedez pulak. Latih la diri untuk MENGHARGAI dan MENSYUKURI dengan apa yang anda ada.

Latih juga diri anda untuk hidup sederhana saja. Latih  hati untuk sentiasa  rasa cukup dengan apa yang ada.

2. Toksah dok TERLALU mengejar cita-cita dunia (materialistik)
Jangan terlalu asyik dan SIBUK mengejar dunia saja. Sebab nanti pasti anda akan penat. Kerja tu memang perlu. Tapi jangan pulun macam orang takde agama. Solat entah kemana, zikir Quran apatah lagi. Yang dia tahu, cari duit, cari duit, cari duit. Dia ingat duit boleh beri ketenangan pada hati dia. Silap besar lah. Tak percaya? Silalah pulun dunia habis-habisan.

Ingat pesan aku ni. Kalau anda nak tenang hati, peruntukkanlah sebahagian masa anda untuk untuk beramal ibadah, solat berjemaah, pi dengar ceramah, selalu bersedekah, dan buat amal jariah. InsyaAllah, walau mungkin anda orang susah, tapi hati tetap tenang takde keluh kesah.

3. Bantu orang lain dan eratkan silaturrahim
Perbaiki hubungan anda dengan orang lain. Berkasih sayanglah dengan adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, kawan-kawan dan masyarakat sekeliling anda. Beri salam, ucap selamat, senyum mesra dan doakan kebaikan untuk sesiapa saja. Kalau ada orang sakit, pergi ziarah. Kalau anda kenduri kendara @ rumah terbuka, pergi raikan. Kalau orang lain ada masalah, cuba bantu. Pendek kata, buatlah seberapa banyak kebaikan kerana Allah. InsyaAllah pasti dan pasti, Allah akan curahkan rasa kasih sayang dan ketenangan dalam hidup anda.

Nak tips lagi? Cukuplah 3 tips tu. Yang penting amalkan. Bukan baca saja. Kalau sekadar baca saja, bagilah 100 tips sekalipun. Jangan harap anda nak tenang.

So….

APAAA YANG PENTING?

Bukan KERJASAMA yer.

Tapi,

AMAL kan!

tips untuk tenangkan hati

OK, wa ciaw dulu yer. Aku berdoa semoga hidup anda tenang dan ceria sokmo. :D

(798)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

6 thoughts on “3 Tips Berkesan Supaya Hati Tenang

  1. Asmkum
    kalo rasa2 semuanya tak adil apa rasa kalo Allah jadikan anda OKU.nak kah anda bertukar kepada nasib yang sedemikian?
    bersyukurlah anda dilahirkan diberi AKAL yang sempurna n Allah bagi kita PILIHAN bagaimana nak menuju kepada nya .ia itu jalan ke SIRATUL MUSTAQIM.Saya tak ingat surah apa saya ada dengar tafsir Alquran ,”Aku akan bagi engkau PENAT jika engkau ashik mengejar dunia sahaja ”
    Quran kata tujuan Allah menciptakan jin n manusia untuk menyembah/mengabdikan diri padanya.n menjadi hamba Allah .Mula lah dengan SOLAT BERJEMAAH dimasjid.Zaman Nabi sahabat akan datang walupun duduk jauh untuk berjemaah dengan Nabi Muhamad SAW.Ada sahabat tak nak duduk dekat sebab lebeh berkat n dapat lebeh ganjaran untuk perjalanan yang jauh ke masjid.
    Hayatilah apa yang dibaca dalam solat terutama nya Alfatiha kena FAHAM
    Buat semua dengan IKHLAS
    BACA ALQURAN dengan terjemah nya supaya faham rahsia Alquran baca sikit sikit hari hari minima 10 ayat lepas solat eg magrib.,Alquran ada mugjizat siapa membaca nya akan dapat ketenangan diri .Sentiasa doa minta taufik n hidayah keluar dari kesempitan hidup.Bangun SOLAT TAHAJUD solat malam masa yang doa,taubat n permohonan Allah akan kabulkan InshaAllah
    Buatklah 3 tips yang diberi diatas ,sentiasa tolong orang cara sedekah yang terbaik jika takde duit sedekah dengan senyum .akhlak yang baik dengan jiran adik beradik n saudara mara rakan sejawat ,JANGAN LARA ingat surah WalAsri ,Malas itu BERDOSA guna masa dengan berkualiti.Definasi rehat dalam Islam bila habis satu kerja buat satu kerja yang lain yang berfaedah n ehsan .
    Give LOVE n u will get LOVE in return jaga HABLUNminnaAllah n HablumMinnannas ie relationship dengan Allah n relationship dengan manusia amat penting .Islam bukan RITUAL sahaja kena AMALKAN InshaAllah sama2 kita menuju ke JANNAH ..ingat kalo besok kiamat pun kita kena tanam beneh untuk hari esok USAHA lah USAHA lah KEJALAN ALLAH Amin

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. salam…
    mcm mana nak tangani masalah orang yang suka cari kesalahan orang lain walaupun orang tuh tak cari pasal po dengan dia…??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Bangau Unggu Reply:

    Tak perlu fikir atau pandang pada orang yang macam tuuuu, kalau
    dilayan dah macam kita layan, HANTU… atau yang SPESISS dengannya…, lama ke lamaan Orang Yang Suka mencari kesalahan orang tuuu, tak dapat PERHATIAN / PUBLISITI hasil dari kerjanya menyusahkan orang… akan BENGANG SENDIRI… dan di JAUHI KAWAN-KAWAN yang lain, cuba buat sebab saya dah lakukan, setakat ini ALHAMDULILLAH…. Menjadi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam