Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

20 Petua Murah Rezeki (Mesti Baca)

December 23, 2009 By: PakarHowTo Category: Petua

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Berikut adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki :

1. Jangan sekali-kali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah

Walau sibuk macammana sekalipun, pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah kepada Allah, maka insyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan.

Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-
Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT) , yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,
Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas
r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa bukan
saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w. :

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4.Berzikir dan Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT) . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT) hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah
berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.
Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. :

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT) ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w. :

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana
orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyakkan berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita
tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.
Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,
melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Bangun pagi awal (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.

10.Bangun awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang membawa keberkatan dan murah rezeki.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Selalu berada dalam keadaan berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT) . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT) akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.Selalu Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT) buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Selalu bangun solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah (SWT)

15.Selalu menunaikan Solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah (SWT)

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT) . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)

Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT) , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah (SWT) ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah (SWT) , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Selalu berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT) , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

mohonlah kepada Allah...

mohonlah kepada Allah...

19.Berusaha dan berikhtiar sehabis baik

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT) beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim).

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal dan meletak sepenuh harapan hanya kepada Allah

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT) . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT) , nescaya Allah (SWT) mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebutkan di atas adalah amalan-amalan yang membawa
kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri “jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan
yang tidak terlintas di hatinya.” (Rujuk At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata
yang sebenarnya, kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan ketakwaan kepada Allah.

Amalan-amalan takwa ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT) , lalu Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Sekian, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmah daripadaNYA. InsyaAllah.

Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

32 Comments to “20 Petua Murah Rezeki (Mesti Baca)”


  1. sebelum ni, tahu 14 je, ni tambah lagi le pengetahuan saya..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha,
    Hai..ct maliha
    ambilah ia jadikanlah ia sbg sumber ilmu lagi.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. aslm’km..ni saya nk mintak kebenaran nk kongsi isi kandungan website ini…dgn blogger.boleh x??..diharapkan boleh yaa…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @amirul,
    As-salam, amirul
    maaf suri tak berani nak bagi apa-apa jawapan yang berkaitan dengan blogger..apa pun suri sudah maklumkan perkara ni kepada pakar .jadi anda tunggu sahajalah akan respon dari pakar ya..

    segala kesulitan amatlah dikesali..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @amirul,
    hai,amirul

    dipersilakan,…tiada sebarang masalah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. Mudahan-mudahan saya dapat selalu mengamalkan semua perkara di atas..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Leyna,
    salam manis Leyna..
    Ya..Insyallah mudah-mudahan anda akan berupaya melakukanya nanti..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3
  4. Mm…InsyaALLAH..
    semoga sentiasa dimurahkan rezeki….=)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    4
  5. As salam

    Terimakasih Pakar dgn petua ni…moga2 idgn mengamalkannya dpt menambah lagi ketakwaan kita pada Allah s.w.t. dan menjadi insan yg bkn sahaja disayangi Allah bahkan sesama makhluk di muka bumi ini..insyaAllah

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Nani,
    salam..Nani
    sama-sama Nani..Insyallah segalanya kita boleh lakukan dengan baik jika niat kita adalah betul untuk membuat kebaikan didunia fana ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    5
  6. Semuanya bagus untuk dipraktikkan. Tapi paling saya titik beratkan no.5 Berbakti dan mendoakan ibu bapa, kerana jika hati mereka terusik walaupun bibirnya mengukir senyum, awaslah…….. nanti ada saja masalah menimpa. Allah bagi cash di dunia lagi.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mykrk,
    salam..mykrk
    sokong dengan pandagan anda..
    apapun kita haruslah buat baik kepada kedua ibu bapa kerna dari merekalah asalnya kita berada didunia ini..dan jaganlah sesekali melukai hatinya nescaya buruk padahnya akan menimpa diri kelak..
    jadilah anak yang solah Insyallah sejuk hati ibu/ayah yang melahirkan..mendidik..megasuhkan kita dari kecik hinggalah kita meningkat dewasa..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    suha Reply:

    betul tu.. keberkatan dan redha kedua2 ibubapapenting..
    doakan kesejahteraan mereka.insyaAllah hidup kita akan lebih tenang dengan pertolongan Allah..
    sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua-dua ibubapa kita..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    6
  7. utk panduan kita bersama2…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @suryna,
    hai..hai..suryna
    em..sama-samalah kita salinh mengingati antara satu sama lain..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    7
  8. Alhamdulillah…saya selalu amalkan membaca surah Alfatihah & baca ayat seribu dinar 3 kali selepas solat. InsyaAllah setiap hari ada je dpt rezeki.
    Inilah yg dinamakan senjata umat Islam.

    Maksudnya setiap umat Islam yg memahami bahwa rezeki tu dr Allah tidak akan merasa kesempitan / kemiskinan kalau tahu bagaimana cara mendapatkannya… Waulahualam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    8
  9. Sememangnya 1 artikel “mesti baca” untuk setiap muslim.. :)

    trimas. Saya pun save artikel ni & nak forward kat member2 & maybe nk letak kat blog saya juga.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    9
  10. salam…

    tma kasih banyak atas panduan yg dikongsikan..

    mintak pakar bg potongan ayat2 al-Quran yg boleh dijadikan amalan doa selepas solat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    10
  11. Eh? tido sampai tgh ari???? kalau lepas subuh tido balek pastu bangun waktu dhuha then buat solat dhuha?? murah rezeki ke?? cam mane neh??? -_-‘

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    11
  12. salam..

    Melakukan segala sesuatu dgn hati yg ikhlas dan niat semata-mata kerana Allah s.w.t juga dapat memurahkan rezeki kita Insya’Allah..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    12
  13. terima kasih atas perkongsian ini..Semoga rezeki yang kita diperoleh diberkatiNya..
    .-= wakseman´s last blog ..Kerja Oh Kerja… =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    13
  14. tq …. kerana berkonsi info yang bermanfaat..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    14
  15. Salam…

    Petua yang bagus untuk dipraktik ….. alhamdulillah… agak lengkap apa yg dituliskan…sebelum ini blog2 yang pernah saya layari …ada juga memberikan tips sebegini tapi agak terhad…

    Mohon kebenaran utk saya share dengan rakan2 di FB ye…

    Wassalam……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    tie Reply:

    @mamasha,
    Alhamdulillah…. petua yg sangat2 bagus utk diamalkan oleh kita semua. Tapi apa pendapat kawan2 klau anda hidup dgn pasangan yg putus silsturrahim dgn keluarganya sendiri

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mamasha Reply:

    @tie, salam tie …pada pendapat mamasha disinilah peranan yang perlu dimainkan oleh kita sebagai pasangan kpd pasangan kita tersebut…Bukankah Allah menciptakan setiap manusia itu berpasang-pasangan dari jenis yang dapat mengembirakan hati pasangan masing-masing. Cuba-cubalah cari cara untuk memberi nasihat kepada pasangan kita dengan cara hikmah disamping jgn lupa berdoa pada Allah s.wt…. jika masih sukar…carilaha orang tengah yang pasangan kita hormati untuk menjadi penyambung silaturrahim tersebut…Insyaallah…air dicincang tak akan putus…berusaha dan berdoa Allah Maha Tahu…
    wassalam……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    15
  16. Alhamdulillah… terima kasih suri. Tips & ilmu yg amat berguna utk kita amalkan. … alangkah bahagianya klau smua insan faham & aplikasikan info berguna ini

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    16
  17. sumaiyyah says:

    salam,
    Alhamdulillah kerana ada ilmu yang sering disalurkan oleh rakan2 semua…
    InsyaAllah semoga anda mdapat ganjaran dar-iNya Amin…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    17
  18. salam…terima kasih n semoga anda murah rezeki..amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    18
  19. amin arshad says:

    thankz..smoga ap yg anda kongsikn dpt mnjadi pnduan dlm kte smua mnempuh khidupan d bumi ALLAH ini..amin

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    19
  20. salam..
    tkasih atas perkongsian ini

    jika ada kesempatan, saya juga ingin share di blog saya
    .-= kakzaa´s last blog ..Nota dari Pak Abu Sangkan =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    20
  21. wan rabiahtul says:

    salam…
    ley mntk share????

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    21
  22. Assalamualaikum.mntk izin utk dicopy articel ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    22


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11