2 waktu mustajab doa pada hari Jumaat

Ayuh pada hari Jumaat yang penuh barkat ini, mari kita BANYAKKAN selawat.

Selawat yang terbaik adalah selawat ibrahimiyyah (yang dibaca di semasa tahiyat akhir).

selawat terbaik

Pada hari Jumaat, terdapat waktu-waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.

Waktunya adalah :-

Pertama :

Ketika imam mula duduk di atas mimbar sehingga solat Jumaat.

Kedua :

Selepas waktu Asar sebelum Maghrib berdasarkan hadis Nabi (yang bermaksud) :

Hari Jumaat ada 12 bahagian masa yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR(hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)

Yakinlah akan dimaqbul doa sewaktu berdoa. Dan muhasabah diri akan hal yang boleh menggugat kemaqbulan doa seperti harta haram dan dosa-dosa yang belum bertaubat dan istighfarlah selalu.

 

Credit to : Ustaz Zaharuddin (UZAR)

 

 

pakarhowto

Email entri ini kepada kawan Email entri ini kepada kawan

(2866)

5,834 total views, 1 views today

Share Button
BAGUS(3)TAK bagus(1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam