2 Amalan Penting Dalam Bulan Ramadhan

Share

Hari ni adalah hari ke-11 kita berpuasa. Bagaimanakah dengan puasa anda semua? Saya mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri saya khususnya, dan anda semua untuk kita sama-sama amal kan 2 amalan penting yang Nabi SAW sangat tekankan untuk diamalkan dalam bulan Ramadhan ini.

Apakah 2 amalan itu yang penting itu ;

Amalan 1
Sentiasa amalkan 4 zikir ini iaitu ;

  1. Istighfar (mohon keampunan)
  2. Ucap syahadah (Laailaha illallah, Muhammaddur Rasulullah)
  3. Berdoa mohon Syurga
  4. Berdoa mohon keredhaan Allah ta’ala

Ia bertepatan dengan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi seperti berikut ;

“4 Jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun), kedua memperbanyakkan ucapan syahadah, ketiga berdoa meminta syurga dan keempat memohon keredaan Allah.”

Amalan 2
Memperbanyakkan bacaan al-Quran (bertadarus Quran) kerana Ramadhan ialah Bulan al-Quran.

Para jumhur Ulama’ mengetahui hubungan antara bulan Ramadhan dan Al-Quran, sehingga perhatian mereka sangat fokus kepada Al-Quran di bulan ini. Antaranya, Imam Malik tidak memberikan fatwa dan mengajar pada bulan Ramadhan dan beliau berkata bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran.

Imam Syafi’ie setiap bulannya menghatamkan Al-Quran sebanyak 30 kali dan sebanyak 60 kali pada bulan Ramadhan.

Imam Ahmad menutup kitab-kitabnya dan mengatakan bahwa Ramadhan adalah bulan Al-Quran.

Kita bagaimana? Ke manakah masa kita dihabiskan dalam bulan Ramadhan ini?

Ayuh kawan-kawan, mari kita berlumba-lumba dalam merebut bonus Ramadhan yang dikurniakan khusus oleh Allah ta’ala kepada ummat Nabi Muhammad SAW ini.

InsyaAllah kita masih ada 2/3 Ramadhan lagi yang bakal menyusul. Ayuhhhh…jangan lepaskan peluang sementara hayat dikandung badan.

(442)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

4 thoughts on “2 Amalan Penting Dalam Bulan Ramadhan

  1. Ada sesetengah masjid yang mengurangkan bilangan rakaat terawikh dari 20 rakaat kepada 8 rakaat supaya boleh selitkan slot tazkirah diantara 4 rakaat terawikh dengan alasan menuntut ilmu itu lebih baik daripada 1000 rakaat solat sunat.

    Wallahualam, mungkin juga ada baiknya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Ramadhan dtg lagi..saat yg ditunggu2 oleh umat Islam dlm menyempurnakan rukun Islam yg ke 3…berpuasa di samping mengerjakan amalan2 yg berkaitan dgnnya….Ramadhan bulan yg penuh dgn keberkatan

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam…

    Insyaallah…semoga amal ibadat yang dilakukan dapat diterima oleh Allah dan dirahmati sentiasa olehNya. Tahun ini mama memang berazam nak khatam Al-Quran…harap2 termakbul hajat….tahun lepas dapat buat 7 juz ajer

    Wassalam

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    najihah Reply:

    insyaallah klo niat baik,akn dimakbulkan..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam