16 Ciri-ciri Lelaki Soleh

Share

Anda perempuan? Belum kahwin? Sedang mencari calon suami? Apakah kriteria penting yang anda tengok pada seorang lelaki untuk dijadikan calon suami? Kehenseman? Keberhartaan @ kekayaan? Kerja mesti bagus? Kereta mesti besar? Mesti grad oversea? Gaji mesti tinggi? Atau apa….?

Bukanlah tak boleh memilih lelaki yang memiliki semua ciri itu. Tapi bukankah lebih penting bagi anda untuk memilih LELAKI YANG SOLEH?

lelaki soleh

Apa kata anda baca dan teliti betul-betul info di bawah ini. Cari lah lelaki yang soleh untuk dijadikan suami anda. Sebab lelaki soleh adalah kunci kebahagiaan rumahtangga anda kelak. Percayalah. Hanya lelaki yang soleh mampu memberikan anda kebahagiaan hidup dunia akhirat.

Siapakah dia lelaki soleh?

Untuk mengenali lelaki soleh, boleh lihat kepada 16 ciri-ciri berikut :

  1. Seorang yang taat kepada Allah dan Rasul-NYa
  2. Jihad fisabilillah di jadikan matlamat hidupnya
  3. Mati syahid adalah cita-cita hidupnya yang tertinggi
  4. Bersabar ketika menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah s.w.t
  5. Ikhlas dalam beramal
  6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
  7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamanya
  8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya
  9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkanya
  10. Solat malam menjadi kebiasaanya
  11. Tawakkal penuh kepada Allah Taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
  12. Selalu berinfak sama ada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
  13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah antara mereka
  14. Sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah perbuatan mungkar.
  15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia
  16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah

lelaki yang soleh

Itulah 16 ciri-ciri lelaki soleh. Sekarang, cuba check, ada atau tidak ciri-ciri ini pada pasangan anda?

Kepada kaum lelaki (khusus saya sendiri), mari periksa diri… dimanakah kita? Sudah cukup soleh kah…?

Ya Allah,semoga aku diberi kekuatan dalam mencapai semua ciri-ciri ini…amin.

(1023)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

5 thoughts on “16 Ciri-ciri Lelaki Soleh

  1. hmm…mmg susah nk cr bakal suami yg soleh..ntah,sampai skg pun msh blm jpe yg sesuai..asyik putus tengah jalan..pernah terbaca dlm 1 artikel yg mengatakan bukan tugas wanita utk mencari calon suami..tugas kita hnya meperbaiki diri ke arah yh lebih baik untuk si dia..begitu juga sebaliknya..sejauh mane kebenaran tu sy pun xtau..allahualam..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. sempurna sgt ciri2 tu… Iman manusia biasa ada turun & naiknya. Mungkin lelaki tu ada kelebihan sifat sabar & sederhananya tp kurang bab taat atas SEMUA perintah Allah. Bg saya, yg penting lelaki/perempuan tu ada niat & usaha jadi hamba yg bertakwa & jd org yg bermanfaat kpd org lain. ~we complete each other~

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @laila,
    yes, saling melengkapi gitu kan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. pada pendapat saya….itu adalah guidelines….x semestinya perlu ada kesemua ciri…setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan nya…yg paling penting apabila berumahtangga, perlu ada toleransi dan tolak ansur dan saling menasihati…setiap kekurangan yg ada dilengkapkan dengan kelebihan pasangan tersebut…=) bak kata saling melengkapi antara satu sama lain….dan menerima sedia ada…dan sama2 ada keinginan untuk menjadi yg lebih baik…=)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam