Blog PakarHowTo

Berinformasi & Memotivasi
Subscribe

15 Petua Mendidik Anak Cemerlang

September 13, 2011 By: PakarHowTo Category: Petua, Tips

Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2
Share

Sewaktu mendidik anak, ada ibu bapa yang menggunakan kekerasan sehingga anak menjadi takut kepada orang tua mereka. Tidak kurang yang tidak tegas mendidik dan membiarkan anak tanpa peraturan sehingga anak menjadi liar.

Ada yang berkata, cara mendidik anak akan memberi kesan besar dalam hidup apabila mereka dewasa kelak. Ada juga yang mengatakan ibu bapa perlu mendidik anak BUKAN mengikut cara mereka dididik dulu tetapi mengikut peredaran zaman kini.

Berikut petua yang mungkin boleh digunakan ibu bapa untuk mendidik anak :

  1. Mendidik anak dengan pesanan dan arahan setiap hari, bersesuaian dengan tindak-tanduk serta amalan yang ibu bapa inginkan. Jangan sesekali bosan memberi pesanan kepada anak. Menurut satu kajian, piawaian memberi pesanan dan arahan kepada anak setiap hari adalah 200 kali bagi membentuk rutin kehidupannya.
  2. Banyakkan bercerita dengan anak mengenai perkara yang baik. Cerita boleh diambil daripada Al-Quran, kisah rasul dan sahabat. Malah, ibu bapa boleh mereka cerita sendiri kerana yang penting, ia mestilah boleh dijadikan teladan.
  3. Selalu bersoal jawab dengan anak-anak secara istiqamah (berterusan). Bertanya anak hal yang dilaluinya sepanjang hari dan sentiasa berusaha menjawab soalan mereka secara hikmah.
  4. Mengasuh anak melalui nasihat dan teguran. Nasihat dan teguran berlainan sedikit dengan pesanan dan arahan yang perlu dilakukan setiap hari. Nasihat dan teguran dibuat sesekali saja supaya anak tidak cepat bosan.
  5. Nasihat dan teguran adalah lebih menjurus kepada pembentukan akidah, ibadah, amalan harian, akhlak, tanggungjawab dan seumpamanya. Banyakkan bermain dan bergurau dengan anak serta sentiasa selitkan unsur nasihat yang bermanfaat.
  6. Banyakkan memberikan latihan dan tugasan kepada anak termasuk kerja di rumah. Tugasan diberikan mengikut usia, tahap kemampuan dan kesesuaiannya dengan jantina anak.
  7. Pantau kerja dilakukan dan jangan kutuk anak jika mereka buat salah sebaliknya jika memuji, biarlah berpada-pada.
  8. Amalan dan tindak tanduk ibu bapa menjadi contoh kepada anak. Ibu bapa sederhana memberitahu anak apa yang mereka perlu lakukan. Ibu bapa yang baik memberikan penjelasan mengenai apa yang diminta anak itu lakukan.
  9. Ibu bapa yang cemerlang memberikan contoh sesuatu perkara yang diberitahu dan dijelaskan kepada anaknya manakala ibu bapa misali sentiasa menggerakkan anaknya untuk menjadi manusia cemerlang. Menurut kajian pakar psikologi, galakan untuk anak harus diberikan 80 peratus manakala 20 peratus lagi untuk amaran. Galakan menjadikan anak lebih ceria di samping menjurus ke arah individu cemerlang.
  10. Ambil berat kebajikan anak. Ibu bapa perlu tunaikan hak anak sewajarnya dan menyediakan keperluan yang munasabah untuk anak sesuai dengan kemampuan ibu bapa itu.
  11. Ibu bapa boleh menggunakan firasat dan gelombang minda dalam mendekati anak. Tidak perlu tunggu anak bercerita apabila mereka berdepan dengan masalah.
  12. Menjana keyakinan dan kekentalan diri anak. Ulama dan ahli psikologi menyarankan antara perkara yang boleh dilakukan dan dilatih kepada anak termasuk mengajar menyimpan rahsia, latih mereka berpuasa serta membentuk kemahiran sosial anak, contohnya berkawan dengan betul.
  13. Luaskan ruang lingkup pembacaan anak-anak serta mengajar mereka cara membuat keputusan yang baik.
  14. Kenal pasti kecenderungan dan minat anak. Selain daripada memerhatikan sendiri anak-anak, boleh bertanya pada guru atau rakan mengenai hobi mereka kerana mungkin ada yang terlepas pandang.
  15. Pupuk minat mereka supaya mereka selalu gembira kerana anak yang ceria mudah menjadi insan cemerlang.
Sumber : Harian Metro
Share
Email Artikel Ini Kepada Kawan2 Email Artikel Ini Kepada Kawan2

6 Comments to “15 Petua Mendidik Anak Cemerlang”


  1. Terima kasih, tips yg bagus

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Mohd Izuddin, sama-sama
    surihati_ku´s last blog post ..Cara Menjana Kemahiran Motor Halus Anak

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    1
  2. Mazlan Hamid says:

    didik anak-anak untuk mentaati perintah Allah mengikut sunnah rasullullah. insyaallah mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Mazlan Hamid, benar tu didikan dri keci mmpu membendung genjala sosial moga-moga anak akan mjdi insan yang baik berguna di dunia mulia pula di akhirat
    surihati_ku´s last blog post ..Cara Menjana Kemahiran Motor Halus Anak

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    2
  3. mendidik anak sahaja tak cukup,mesti diiringkan dengan doa oleh kedua ibu bapa.ibu bapa pula mesti patuh perintah ALLAH.Insya ALLAH semua akan dipeliharakan oleh NYA di dunia dan lebih sempurna untuk di akhirat.Didikan dunia sahaja tidak melengkapkan hidup seorang manusia,melainkan diseimbangkan ilmu dunia dan lebihkan untuk akhirat. Namun ilmu akhiratlah perlu dipenuhi selengkap lengkapnya dan sedetail detailnya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mengkudu, benar akan kata sahabat tu,sekarang kehidupan perlu seimbang bukan baja rohani dan jasmani di perlukan bahkan juga tembok kukuh hati kuat perlu di bina supaya ansir jahat tidak memudahkan hati kita bakal dek rapuh pada masa-masa akan datang kelak.

    terima kasih atas komen anda yang begitu panjang ;)
    surihati_ku´s last blog post ..Cara Menjana Kemahiran Motor Halus Anak

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    3


Leave a Reply

*
CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam


This page is copy protected
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline

Switch to our mobile site

Page 1 of 11