10 Tips Murah Rezeki

Share

Disenaraikan 10 tips murah rezeki ini untuk diambil perhatian dan pengajaran. Semoga dapat kita amalkan bersama.

  1. Sentiasa bersyukur di atas apa yang diberikan Allah Ta’ala
  2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhoi Allah Ta’ala
  3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bersusah payah
  4. Bersedekah kepada anak yatim/fakir miskin…kalau boleh, setiap hari. (Carilah anak-anak yatim untuk diberikan bantuan). InsyaAllah, jangan risau, akan digantikan oleh Allah Ta’ala tanpa kita sedari.
  5. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah Ta’ala bukannya mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah hendaklah dimulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran tetangga dan orang2 yang lebih jauh). Jangan anggap pemberian itu hak kita, kerana sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka
  6. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terang-terangan sebagai menegakkan syiar Islam.
  7. Konsep sedekah : Berikan sesuatu yang kita sayangi!! Ini jelas dalam Quran ayat al-Imran ayat 92
  8. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat – bukan dunia untuk dunia)
  9. Amalan yang diberkati ialah hasil titik peluh sendiri dan juga melalui jual beli (perniagaan). Menurut Nabi Muhammad SAW 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 (10%) sahaja. Nabi Muhammad SAW sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul diakhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardhu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan oleh orang Islam itu sendiri. Kalau tidak ada yang menjalankan aktiviti ini, seluruh ummat Islam adalah berdosa.
  10. Hulurkan bantuan kepada janda-janda yang kehilangan suami.

(846)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “10 Tips Murah Rezeki

  1. SAlaam. Mmmmm memang dh kusangkakan, akan keluar tips dan petua menarik dari blog ini, alhamdulillah, amat bagus sekalii. Nampaknya saya kena praktik tips murah rejeki ni, pasal rejeki saya x berapa murah lg nampaknya :D Terima kasih …….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. bagus rencana ini. tapi macam mana kalu orang islam meniaga dengan orang kafir dalam satu kedai kepuanyaan orang kafir tersebut. tolong bagi pandangan.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. meniaga apa?

    kalau meniaga makanan, saya rasa ia kurang sesuai di kedai orang kafir.

    kalau meniaga barang2, mungkin masih boleh diterima.

    apa2pun saya rasa ada baiknya kalau cari tempat lain.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. Tip sangat bagus sekali, satu hal bisa ditambahkan ( kalau boleh ya….), jangan pernah merasa memiliki materi, ilmu, anak atau apapaun yang ada, yakinlah semua itu hanya titipan dan amanah Alloh yang harus di jaga dengan baik dan pasti akan diambil oelh sang maha pemilik yang kekal, Dialah Alloh SWT. Dengan begitu hati akan tenang, nyaman, dan mudah untuk Ikhlas atas apa yang terjadi.

    Salam kenal,….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Saudara Muhasyim

    terima kasih banyak atas komen yang diberikan.
    saya 100% bersetuju dengan pendapat saudara.

    sebetulnya semua yang kita miliki ini adalah milik ALLAH SWT semuany.
    tiada satu pun hak kita.
    jadi sewajarnyalah kita sentiasa bersyukur atas semua rezeki/rahmat yang dikurniakanNYA.

    salam perkenalan & penuh ukhuwwah dari saya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. seronoknya dapat jumpa site ni………macam2 ilmu boleh dapat…….

    –> IDA…yang pentingnya ialah kita mesti amalkan ILMU yang kita dapat…ingat, sesungguhnya ilmu tanpa amal adalah umpama pokok yang tidak berbuah….sia2 saja dong…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam ziarah,nk curi sket masa sahabat semua untuk lawati web saya.Khas utk sesiapa yang telah pun memiliki perniagaan online ataupun baru nk bermula.Saya berikan tutorial percuma untuk anda.Hanya perlu isikan nama dan emel shj.Antara tutorial percuma:

    BAGAIMANA
    -membina website sendiri
    -mendaftar dengan autoresponder
    -setting autoresponder
    -menggunakan perisian percuma yg setanding dgn perisian berbayar utk membina website
    -mengiklankan website anda ke seluruh dunia

    tq

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. 9/10 perniagaan itu bukanlah berniaga seperti yang difahami. kalau la makan gaji tak praktikal so siapa nak buat admin, siapa nak buat logistic dan siapa nak cuci toilet. kembangkan fikiran. Setiap hari kamu bekerja kamu menjual diri kamu tak kira makan gaji atau dalam perniagaan. bila kamu jual diri kamu maka terjadi la jual-beli. kalau diri kamu tak terjual bermakna diri kamu belum cukup laku … kekadang orang bekerja makan gaji ambik sambil lewa jer kerja dia.

    Yang penting .. macam mana kita meletakkan diri kita di atas sesuatu darjat supaya semua kerja berjalan dan semua orang senang hati.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Alhamdulillah..semua kurniaan dtgnya dari Allah s.w.t

    Membuatkn aku lbh bersyukur dgn apa yg ada…membuatkn aku sedar segala2 yg ada d sekelilingku…Ya Allah, moga Kau akan sntiasa murahkn rezeki hambaMu ini…Amin

    Setinggi2 pghargaan kpd insan yg publish post ini..semoga Allah membalas kebaikanmu.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam