10 Surah Penting Yang Banyak Kelebihan

Share

Saya nak ajak kawan-kawan semua untuk amal baca semua surah-surah ini dengan istiqamah. Bacalah surah ini sebanyak mungkin setiap hari. InsyaAllah kita pasti akan merasai kesannya. Semoga Allah menilai amalan kita sebagai ibadah yang diterimaNya dan menjadi bekalan di ‘hari sana’. Aamiiin.

bacalah quran sebanyak mungkin

10 Surah Yang Banyak Kelebihan

  1. Surah Al-Fatihah : dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
  2. Surah Yasin : dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  3. Surah Dukhan : dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  4. Surah Al-Waqiah : dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  5. Surah Al-Mulk : dapat meringankan azab di dalam kubur.
  6. Surah Al-Kauthar : dapat merelaikan segala perbalahan.
  7. Surah Al-Kafirun : dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  8. Surah Al-Ikhlas : dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  9. Surah Al-Falaq : dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  10. Surah An-Nas : dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Kalau boleh hafal semua surah-surah tu lagi bagus. Hafal dan amalkan sokmo2. Semoga saya dan tuan-puan semua dapat amal. Sama-sama lah kita usaha untuk amal ilmu yang kita ada.  :)

 

* PERHATIAN! : Kalau anda rasa artikel ini baik dan ada manfaatnya, kongsikanlah dengan kawan-kawan anda yang lain yer. Ilmu bermanfaat, kalau kita kongsi @ sampaikan kepada orang lain, akan menjadi amal jariah (bekal pahala) kita di akhirat kelak, InsyaAllah. Jadi, sebar-sebarkanlah yer. Saya dah SET kan semua artikel dapat di COPY terus dari blog ini. Anda highlight & copy saja mana-mana artikel yang anda mahu. Dan kongsikan. Tapi kalau boleh, tolong la bagi kredit sikit pada blog ini yer. Cuma letakkan link blog pakarhowto.com di akhir artikel yang anda copy, sebagai sumber rujukannya. TQ Wink

~ PakarHowTo ~

(1483)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “10 Surah Penting Yang Banyak Kelebihan

  1. ustaz pesan kalau boleh selalulah sedekahkan al fatihah kepada org tua kita samada masih hidup atau dah meninggal

    kerana ustaz kata ramai yg sedekah al fatihah kepada yg meninggal je, kena ubah mentaliti tu mulai sekarang :-)

    macam isteri nak sedekah al fatihah kepada suami pun digalakkan, begitu juga suami selalulah sedekahkan kepada isteri2 anda :-) ada keberkatannya di situ

    moga ada manfaatnya :-)
    wanita bertudung hijau´s last blog post ..Apabila harimau tidak mengaum, apabila harimau hilang taringnya…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @wanita bertudung hijau,
    terima kasih.
    dulu saya pun hanya sedekah fatihah kepada arwah.
    tapi skang, alhamdulillah,
    dah mula baca fatihah dan niat sedekah pahala kat orang2 tersayang.

    terima kasih atas peringatan ;)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. satu lagi perkongsian ilmiah yang sangat bagus dari pakar..,
    terima kasih juga pada wanita bertudung hijau yang mengingatkan saya khususnya fadhilat Al-Fatihah….terima kasih kekawan :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @helmi,
    semoga kita sama2 dapat amal yek.
    klu tak amal,
    macammana nak dapat manfaatnya kan?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 4 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  3. alhamdulillah
    pkongsian bermanfaat..setiap pagi setiap hari sy akan sedekahkan fatihah utk kedua ibu bapa.
    selepas solat sedekah fatihah utk suami, anak2…. : )

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam