10 Perkara Yang Lelaki MESTI FAHAM Tentang Wanita

Share

Banyak sekali saya terima email yang mengadu masalah perhubungan @ masalah cinta dari pembaca blog ini. Kebanyakan aduan masalah ini datangnya dari pembaca wanita. Kenapa wanita yang lebih ramai mengadu macam-macam?  Adakah wanita saja yang bermasaalah? Atau adakah lelaki sekarang ini terlalu ego untuk mengakui dirinya itu bermasaalah?

Apa-apapun, kebanyakan email aduan yang saya terima, rata-rata membangkitkan persoalan @ ketidakpuas hatian mereka kepada lelaki. Antara yang dipersoalkan ialah…

  • MENGAPA LELAKI SEKARANG NI SUSAH SANGAT NAK FAHAM WANITA???
  • ATAU LELAKI SEKARANG NI MEMANG DAH EGO SANGAT???

Entahlah. Saya juga seorang lelaki sejati (bukannya golongan ‘au-au’ yer). Kalau ditanyakan mengapa lelaki sekarang susah sangat nak faham wanita?

Hmmmm susah juga saya nak menjawabnya…huhu

Tapi bagi saya, persoalan yang dibangkitkan tu takdelah penting sangat. Yang terlebih pentingnya ialah BAGAIMANA NAK BUAT LELAKI FAHAM WANITA???

Haa persoalan inilah yang lebih sesuai untuk dibincangkan.

Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda 10 perkara LELAKI MESTI FAHAM tentang wanita. Semoga dengan perkongsian ini dapat sikit sebanyak membantu kaum lelaki dalam memahami wanita @ pasangan anda masing-masing.;)

Pembaca wanita, kalau anda tak bersetuju dengan pernyataan dibawah ini, sila kemukakan hujjah anda di bahagian komen di bawah entri ini. Terima kasih.

Apakah yang lelaki MESTI FAHAM tentang wanita?

Wahai kaum lelaki, ketahuilah bahawa SEORANG WANITA itu ;

  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.

Peranan lelaki dalam kehidupan wanita adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami hati dan perasaan wanita.

Berlembut dan berkasih-sayanglah dengan wanita. Kerana hanya dengan kasih sayang sajalah yang mampu mengekal dan mengukuhkan perhubungan.

Sekian, semoga anda hepi, ceria dan bahagia sokmo :)

**Iklan Sikit Boleh?**

Di bawah ini adalah gambar saya, isteri dan anak saya (Nayyif). Kalau anda suka gambar ini, tolong ‘like’ yer. Macammane nak like? Mudah aja dong. Klik Sini . Kemudian tekan like button yang ada dibawah sebelah kanan gambar. Pastikan jumlah like bertambah selepas anda tekan. Terima kasih. Jasamu ku kenang. ;)

(1612)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

10 thoughts on “10 Perkara Yang Lelaki MESTI FAHAM Tentang Wanita

  1. Kekadang orang lelaki ni bukannya tak paham tentang wanita. Tapi tak pernah ambil pot yang ianye. Bagilah banyak manapun tazkirah tapi kalau dah jenis tak kisah tak kisah jue. Takkanlah tak kenal lagi dengan wanita yang bergelar isteri yang telah berkongsi hidup selama bertahun-tahun. Ape ke halnye.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 3

    [Balas Di Sini]

  2. Pingback: 18 perkara wanita MESTI FAHAM tentang lelaki | Blog PakarHowTo

  3. setuju dengan hunny…mesti yang baca entry ni pomuan jer..tkder maknanyer…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @selendang ungu,
    yaa, saya rasa pun yang baca ni ramainya perempuan.
    so, apa kata Selendang Ungu tolong forward dan kongsi kan artikel ni
    dengan semua kawan2 lelaki awak.
    boleh? hehehe

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    selendang ungu Reply:

    @PakarHowTo,
    insyaAllah boleh…….tapi kawan laki saya tak ramai…kalau lelaki forward kan kat sama2 laki…….lagi la tercapai maksud..betul tak?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    PakarHowTo Reply:

    @selendang ungu,
    Saya dah suruh semua kawan laki saya sebarkan artikel ni…
    Harap ramai la yang akan baca… ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam