10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia

Share

Salam sejambak bunga untuk semua yang sudi singgah di sini. Harap-harap anda semua dalam lindungan dari Yang Maha Esa.

Setiap insan yang telah berumahtangga tentu akan mengimpikan sebuah mahligai yang indah dan membahagiakan bukan. Mana ada orang yang nak berkahwin sekejap dan putus cerai talak begitu sahaja melainkan jika itu sudah kententuan dari Maha Pencipta. Kata orang kita mampu merancang namun segalanya mungkin boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Itu semua adalah ujian dan bahagian masing-masing dalam meniti sebuah kehidupan di dunia ini.

Waktu-waktu begini Suri lebih senang untuk menceritakan hal-hal kekeluargaan dan hubungan dalam rumahtangga sebab Suri yakin di luar sana masih ada yang tercari-cari tips atau petua untuk membahagiakan keluarga masing-masing.

parents

Bagi Suri tidak kiralah sebanyak manapun, selonggok, seikat, selambak petua.. tip..tricks jika disajikan pada anda namun anda sekadar membacanya sekadar ingin tahu sahaja terus untuk apakah tujuan ilmu itu dicari? tapi bukankah ianya akan menjadi lebih baik sekiranya anda manfaat ilmu tersebut dengan mengaplikasikannya di dalam mengemudi rumahtangga anda. Ilmu yang baik elok di manfaatkan selalu. Manakala ilmu yang kurang baik dijadikan pengajaran sempadan.

Baiklah Suri tidak ingin membuang masa lagi apakata kita ramai-ramai semak apakah 10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia Anda ??

Jujur
Setiap rumahtangga yang di bina memerlukan kesetiaan dari setiap pasangan suami dan isteri. Mengapa kerana dari kejujuran itulah akan terbitnya rasa sayang dan hormat kepada pasangan anda. Mana ada suami isteri yang suka melihat pasangan curang di belakangnya. Yer tak? huhu..

Hormat
Setiap pasangan wajar hormat- menghormati antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi apabila kaum hawa tersebut telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan yang dinikahinya. Rasa hormat ini perlu ada kerana ia menandakan seseorang itu setia dan patuh kepada perintah suaminya mengikut lunas-lunas yang ditetapkan dalam agama islam. Jadi cubalah menjadi suami isteri yang baik tingkahnya didepan anak -anak anda semoga mereka akan mencontohi perbuatan anda kelak.

Keluhan
Dalam rumahtangga pasti akan ada keluhan. Maksud di sini rintihan hati antara salah satu pasangan sama ada dari pihak isteri atau suami. Ingatlah semua setiap dari keluahan pasangan anda itu ada makna di sebaliknya. Maka setiap dari patah perkataan tersebut wajarlah anda menghormati isi hati yang terbuku di dalamya. Mengapa? kerana ia menandakan bahawa anda adalah tempat dia mengadu nasib kasih berteduh di hati.

Luahan
Tunjukkanlah rasa kecintaan anda terhadap pasangan anda dengan seikhlas hati. Jika boleh lafazkanalah ucapan yang power keramat “I LOVE U” ke telinga pasangan anda. Paling kurang sekali dalam sehari. Jika anda terlebih rajin ucapkalah sebelum tidur dan selepas tidur hehee.. Suri yakin pasti bisikan tersebut akan membuatkan pasangan anda tersenyum lantas terasa dirinya lebih di hargai.

Dating??
Berdua lebih baik untuk seketika waktu. Setkan dalam seminggu sekali atau dalam sebulan sekali anda ajaklah pasangan anda bersiar-siar ke taman bunga, bercuti, menonton wayang dan sebagainya agar anda berdua dapat merasakan nikmat bercinta semula selepas berkahwin hehe..sesekali menggamitkan suasana romantis tanpa anak-anak bukankanh itu satu perkara yang menguntungkan.. :)

Imbas kembali.
Dalam perkahwinan jaganlah ada ungkit-ungkitan pada perkara – perkara yang lepas. Ingat! jika ada di antara anda yang suka mengungkit pasti api jika dilawan sama api akan membangkitkan rasa kemarahan dalam diri. Cadangan Suri anda jadikanlah perkara tersebut sebagai kesilapan dan jadikanlah ia sebagai pengajara buat diri anda.

Percayalah..
Wujudkanlah kepercayaan anda terhadap pasangan anda. Ingat! walaupaun kepercayaan anda tidak 100% tapi anda harus yakin bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Perlu di ingat sekirannya anda mencurigai atau mendapati pasangan berlaku curang di belakang anda maka anda seharusnya menggungkapkan hal tersebut kepadanya secara baik. Semoga komunikasi tersebut akan dapat berjalan dengan lancar.

1222

Renungan..perhatian
Selalulah memberikan perhatain terhadap pasangan anda. Mengapa? supaya si dia tahu bahawa anda sedang memberikan fokus kepada setiap butir bicaranya. Anda suka ke sekiranya Suri bercakap dengan anda tapi anda memandang ke arah lain? Hurm, tentu anda tidak gemar bukan? huhu..

Pertengkaran
Di saat pertengkaran berlaku maka anda cubalah kawal setiap bait ayat yang dihamburkan kepada pasangan anda. Ingat! anda tidak digalakkan mengelurkan perkataan berbaur “aku”,”kau” sebab ditakuti jika amarah itu sedang memuncak takut terkeluar perkataan talak dari pasagan anda yang bergelar suami.

Rahsia demi rahsia
Ingatlah! sentiasalah menjaga rahsia hubungan intim anda bersama pasangan. Sebab itu adalah aurat dalam sebuah perkahwinan. :)

Sekian dari Suri. Harap apa yang di buku mayakan disini akan dapat di manfaat bersama-sama. :) ;) (494)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

7 thoughts on “10 Ikatan Untuk Membina Keluarga Bahagia

  1. terima kasih atas tips yg diberikan..
    betapa indahnye sekiranya keluarga yg dibina bahagia selamanya..
    dan saya sedang cuba sedaya upaya utk menjadi seorg isteri dan ibu yg mithali..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. As Salam.
    Untuk keluarga bahagia : mesti ada bersefahaman antara satu sama lain. tidak berbohong. semuanya mesti terbuka. anak anak pun mesti diajar yang baik/buruk; apa yang boleh/tak bolah termasuk sex; tegur menegur;jangan ada perasaan dendam; keluarga suami isteri sama saja;solat/makan bersama – ini diantaranya.

    Bolehkah berikan saya maklumat mengenai berhutang dari sisi Islam? Tambah tambah lagi kalau anak berhutang dengan ibu bapa yang tak bekerja. Dah lah tu anak tak pernah hulurkan sedikti wang pun sebagai ‘pocket money’ bulanan kepada ibu bapa.
    Maaf, say atak tahu dimana nak tuliskan permintaan ini.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. assalamualaikum…
    terima kasih atas tips yg diberi..semoga kita semua dpt memanfaatkannya dalam membina keluarga yg bahagia…semoga Allah memberkati usaha kita…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. nak tambah satu je iaitu SABAR.. walau apa pun yang berlaku dalam rumahtangga kita, kita perlu sabar dan tenang.. dengan fikiran yang tenang kita mampu membuat keputusan yang lebih bijak, yang mana tak merugikan diri sendiri dan keluarga..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Tolak ansur juga penting dalam perhubungan.. anggaplah kekurangan pasangan sebagai suatu yang istimewa tentangnya.. mintalah penjelasan dari pasangan jika ada was-was.. dan percayalah Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambanya.. Allah tidak menjatuhkan ujian pada hambanya kecuali ujian yang mampu hambanya itu pikul..wasalam.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam