10 Cara Menangani STRESS

Share

Salam ceria untuk semua..

Setiap orang pasti akan stress..tidak kiralah seseorang itu memiliki kerjaya perofisional sekalipun, pekerja kilang, suri rumahtangga dan sebagainya masing -masing mungkin mengalami stress dengan sesuatu atau seseorang..

aduh, tensen nyee...

aduh, tensen nyee…

Kadang -kadang suri pun tak tahu nak bagi nasihat macam mana lagi jika  kawan-kawan selalu tanya macam mana nak kurangkan stress??..

Disini suri kongsikan bersama-sama anda cara untuk menangani stress atau tekanan.

  1. Allah. Ingat ALLAH, hati pasti tenang. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat.

  2. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..

  3. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.

  4. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.

  5. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.

  6. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah  pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.

  7. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.

  8. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).

  9. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti  tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.

  10. Ceria. Janganlah bebankan  fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya..

Sekian, semoga anda berjaya menghadapi stress…
Ceria2 selalu… ;) (4075)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

54 thoughts on “10 Cara Menangani STRESS

  1. suri, kalau stress tengah memandu macamana nak buat? Tension gila

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @neesah,salam manis..maflah sb terlewat membalas ye.alahai apalah susah sangat neesah sayang hui.. pasanglah cd/tape kegemaran anda terus nyanyilah tak pun anda gerakkan badan sikit kekanan kekiri hehe….
    nak buka kuat2 pun bleh tapi takut orang kata anda ni betul ke tidak..hik..hik..
    selalunya menyanyi sendiri-sendiri ni selalu boleh membuatkan hati kita kurang tertekan sedikit..dan ada jua sesetengah orang suka buka radio kuat2 tapi tak menyanyi tu staill kawan saya lah mamad jiwanglah katakan..dia baru putus cintan daa..huhu…;)

    radio, erm takpun buka cd/t

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 1

    [Balas Di Sini]

  2. salam semua…

    salah 1 kaedah yg boleh digunapakai tanpa perlu susah payah adalah dengan teknik Reiki.

    tenang dan sentuh tapak tangan ke tubuh, biarkan energi mengalir seketika. insyaAllah rasa lega dan santai.

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @syedmansor,salam, kalu tak keberatan boleh tak syedmansor jelaskan skit teknik tu kepada kami..teknik tu macam refeliksi ke apa?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. Salam..surihati_ku,

    Time kte nk period..selalunye lagi seminggu da mula naik angin..ini tak kene itu tak kene..cmner nk ilangkan tabiat ni..lagi2 klu ngan suami kte kena marah blk ade la…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @stress nie..,
    Salam Manis,
    biasalah tu namanya tahap ketidakseimbangan hormon dan darah dalam badan kita itu yang lagi seminggu hangin semacam je.

    Sesetengah perempuan juga ada mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut.

    Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan..

    Kalau cara saya:-
    -Cuba kawal diri anda sendiri dari cuba berdebat pada perkara yang
    boleh mendatangkan kemarahan antara anda dan pasangan anda
    mahupun pada anak-anak anda..
    -Makan pemakanan seimbang
    -Bersenam tiga kali seminggu secara tetap.
    -Tidur dan rehat secukupnya. . .
    -Mampu mengendalikan tekanan dengan berkesan

    Untuk mengelakkan anda dimarahi balik oleh suami anda cubalah cara ini..
    ini pandangan peribadi sayalahkan..

    Adalah lebih molek sekiranya jika rumah anda ada kalender (besar sikit).kemudian diletakkan ditempat yang selalu suami anda lalu..salah satu tempat letakkanlah ia didalam kamar anda. didalam kelender itu anda pangkahkan warna merah sebagai note “hari ini saya datang haid”.than kalu suami anda pergi melihat kelender tersebut dan ternampak note tu sure dia tahu/ faham yang sekarang sekarang anda sedang dilamun omak merah..hehe..harap-harap dapatlah dia memahami situasi anda selepas itu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    stress nie.. Reply:

    @surihati_ku,

    Salam suri…

    Thanks atas panduan n nasihat..memang sy alami sume 2..hehe..stkt nie tanda kt kalendar meja adelah..hehe..kekadang tergelak jugak..dulu2 suami bleh mengalah dgn sy time2 jepun naikkn bendera ttttppi skrg die bagi warning..ngan org lain xpe bleh marah tp ngan abg jgn..aduss..bleh kontrol encem lg sy nk marah..hik..(opps..jgn die tau sudahla sy mengumpat die..)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @stress nie..,

    Selamat pagi,

    oho..yer kea..hik..hik kelakarlah awak nie..biasalah tu kalu asyik dimaja je sesekali kena marah apalah salahnye yer…hehe.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    stress nie.. Reply:

    @surihati_ku,

    Salam..

    hikks..kena marah manja x per nie..marah + membebel pok pek pok pek..tp kejap ajer…ok..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @stress nie..,
    alahai..wanita kitakan kaum hawa sure msti blh redakan kemarahan suami kalu kena pada caranyer ;) tak gitu..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    PakarHowTo Reply:

    @surihati_ku,
    yaa…kalau kena caranya laa..
    kalau tak kena cara…parah juga dibuatnya…huhu

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

  4. ct kalau stress, zip mulut.. kalau tak bercakap tu maknanya tengah stress dan orang lain pun takut nak kacau… kalau mulut tak zip, boleh sakit hati sapa yang dengar.. so lebih baik diam..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 2 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @ct maliha, wah..ct maliha ok jugak cadangan kamu tu. tapi janglah samapai terus membisu aje.kelak bila ada orang menyahut nama nanti mereka tidak sedar akan kehadiran kita sudahlah ye..hehe ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. assalamualikum……

    mawar dah baca….thanks atas panduan tersebut…..insyaAllah sama2 kita praktikkan….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mawar, Salam Mawar,suri suke pada lavender tu..mawar cubalah..pasti waktu pagi badan mawar akan rasa segar..tenang.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  6. salam,
    bole tak klo sye nk letak tips ni kt belog sye ?

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @as, “anda bebas utk ‘copy&paste’ mana2 entri yang anda suka dan kongsikan di blog anda”
    Tapi kalau boleh ‘credit’ kan lah alamat blog pakarhowto.com sebagai sumber maklumatnya.”

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  7. salam. masalah saya berkaitan dgn stress juga. Saya mempunyai masalah dlm keyakinan diri dan cepat lemah semangat. Tak tau lah sama ada berpunca dari gangguan makhluk halus atau apa? Hati saya selalu tak keruan. Kadang2 satu atau dua hari ok, esoknya hati saya akan rasa tak keruan semula. Saya amalkan zikir dan juga doa2 yang disarankn oleh kwn2. Kadang kala saya rasa ingin menjerit, tapi saya tahankan, takut pula nanti kena histeria. Tolonglah saya…. Ingin bercerita dengan kawan saya malu dan rasa macam mengada2 pula. Apakan amalan dan doa yang terbaik untuk saya amalkan. Terima kasih.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mira,
    Salam mesra mira..
    Dibawah ni suri sediakan sedikit tips untuk memperbaiki keyakinan diri..

    Senyum,
    Lemparkanlah seyuman kepada yang memandang anda. walau anda tidak tegur tapi ia menandakan anda seorang yang ceria. sedkit senyuman boleh membawa kepada kegembiraan hati pada orang yang memandangnya.

    Beramah mesra,
    Dengan sesiapa jua kita haruslah pandai bawa diri.
    adalah dinasihatkan pada waktu tersebut anda janganlah terlalu sombongkan/diamkan diri sahaja ini kerana disebabkan sikap tersebut terkadang segelintir orang tidak mahu menegur anda. cara hendak mengatasinya adalah cubalah memberanikan diri untuk memulakan percakapan terlebih dahulu pasti anda tidak akan rugi..

    Penampilan diri,
    Dari segi pemakaian akan membuatkan kita sedikit sebanyak lebih confident.

    Memilih idola,
    Untuk dijadikan contoh. kat sini suri cadangan seperti penceramah ustazah Siti Nur Bayah. ha cuba anda tengok cara dia berkomunikasi, cara berpakaian.amacam..ada tak daya keterampilan pada dia?
    bagi pandagan peribadi surilahkan dia adalah antara orang yang penuh dengan aura yang tersendiri..

    Selamat mencuba& semoga mira berjaya melakukannya.. ;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    mira Reply:

    @surihati_ku, terima kasih suri… saya akan mencuba tip2 yang suri berikan. Sesungguhnya sokongan dn dokongan suri hya Allah yg akan mblsnya.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mira, ;) sama-sama

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    pokjat Reply:

    @mira,
    cik mira, bagi pendapat sy, langkah yg sepatutnya yg boleh diambil adalah seperti berikut:
    1) Berkawan dgn org yg bermotivasi tinggi.
    2) Baca al-quran selepas solat magrib pd tiap2 malam.
    3) Tengok benda-benda yg menyukakan hati kita.
    4) Luangkan sedikit masa untuk mendengar ceramah motivasi dan agama.
    5) Jangan kerap tinggal bersendirian.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  8. Stress sangat ni, Dah 3 tahun tak dapat balik beraya kat kampung.
    Keja dengan bos Korea bahgian maintenance, jadual keja untuk hari raya banyak kilang stop line 1 minggu nak buat mantenance, hari biasa tak boleh nak buat macam dirancang je….. tak nak bagi kita raya.

    Anak2 isteri dah bising lagi tambah stress..@#!&*” %$#@+0000…..

    tolongggggggg…….. nak buat macamana ekk.. takan buat bodoh je kot.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @rizal,
    salam rizal..
    kerja kilang kalu dah bhgian maintenanc tu alamat memaglah susah nak mintak cuti apatah lagi nak cipta pelbagai alasan cuti sakit..sure meraka mesti berfikir 2 ke 3x degan alasan anda tu..

    Alahai rizal..bukan ke kita menyambut syawal selama sebulan apa yang nak disusahkan sangat..

    Kerja tetap kerja juga nak elak macam mana lagi sb itulah punca reziki rizal melainkan rizal minta cuti mc @ hal-hal kecemasan mungkin boleh ditrima pakai lagi kut..

    Tapikan adalah lebih baik rizal tetapkan 1 minggu atau 4 hari untuk cuti panjang bersama keluarga..time tu mungkin masa bercuti besama keluarga adalah lebih banyak dimanfaat dari cuti 1 ke 2 hari sahaja..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  9. Sy suka tido kalau stress…… sekurang2nya lega sikit fikiran……….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @Akezna, tapi ada sesetengah orang suka makan banyak bila stress..

    kalu suri suka beli coklat..kemudian makan,makan,dan makan sampai habis 2 papan coklat.. I LOVE COLKAT.. hehe..;)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    Akezna Reply:

    @surihati_ku, ye betul, sbb coklat boleh menenagkan fikiran…..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  10. salam suri..saya pun tengah stress sgt nie. bila kawan saya tuduh saya penipu sedangkan saya memang ikhlas nak ajak dia keluar mkn sambil nak bagi peluang dia tambah pendapatan. macam mana saya nak hilangkan stress saya nie suri. tolong saya suri…

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @azie, salam azie.
    alahai..sorilah byk2 wahai temanku sb suri tak perasan..semak rupanya kt sini pun ada masalah juga..

    azie..
    jika kita ingin berkawan biarlah pada yang ikhlas dihati.janglah memilih kawan kerana tanpa kawan kita ttp akan merasa hidup kita sunyi tanpa khadiran insan2 seperti mrka..

    azie,
    jaganlah pedulikan akan kata2 mereka.sebahagian hati manusia memang sebegitu.jika kita hendak membantu mereka ke jalan yang mendatangkan kebaiakn buat mereka tapi mereka tetap berkeras menolakknya maka azie janglah memaksakan diri lagi utk bersemuka dgn mereka.yelah sb orang sudah tidak mahu menerima tawaran ikhlas dari anda. erm, melainkan bila mereka susah nati barulah mencari anda..aha..itu ungkin jugalah sb atas dasar2 terdesak.yer tak?

    azie,
    lakukanlah perkara itu selagi ia tidak mendatangkan salah dan kebaikan itu haruslah diberi pujian.tapi ingat azie kawan ,tetap kawan. anda jaganlah buang dia jauh dari hidup anda.anggaplah ia sebagaian pergaduhan kecil antara anda dan dia sahaja.maffkalnkah dia.sb kita kat dunia ni mmeg tidak terlepas dari kata-kata yang meyakitkan hati..dan tanpa kita sedari ia membuatkan kita saling membenci antara satu sama lain..

    percayalah azie,
    hanya dengan kemaafan sahajalah hati kita akan tenag semula..
    :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  11. salam kak suri..

    btol la lavender tu menenangkan,
    sy mmg suka aroma2 mcm 2
    sgt2 bgus untuk hilgkan stress..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @mia_lara, salam mia_lara..ya mmg boleh menghilangkan tekanan..kalu mlm seblim tdo pasanglah ye..sure tidur kita akn lbih nyaman :)

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  12. salam suri…
    saya seorang remaja yang mempunyai sedikit masalah.
    msalah berkaitan pelajaran dan juga keluarga,tambahan pula saya tidak mempunyai tempat untuk berkonsi masalah. jadi,semuanya tersimpan beku di hati saya.
    apabila temperature saya dh naik,semua org d skliling saya akn kne mrah even org 2 tak brslah…..
    cm ne ni suri????????????
    saya tak nak marah-marah lagi

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @hanny,
    Salam hanny..
    marah itu perlu tapi kita perlu tanganinya dengan bijak.

    jika hanny marah hanny harus ingat bahawa api kemarahan itu dicipta dari syaitan yang kejam.

    marah dalam keadaan duduk maka kita perlu berdiri. Begitulah kedaan sebaliknya.

    angkatlah wuduk sambil berselawat air kemuka sebanayak 3x.

    bangkit dari tmpat duduk dan bawalah diri jauh dari pandagan orang yang kita sakiti.

    selalulah beristifar selepas solat dimana jua.

    wujukan satu buku seperti dairi..tika anda marah maka anda catitkanlah apa yang kurang memuasakan segala isi hati anda di buku tersebut.setelah itu anda rumuskan agak2nya perkara apakah yang bisa membuatkan kedaan tersebut kembali tenang dan bagaimakankah cara utk mengatasinya..

    sentisalah beringat jika nak marah je cuba bayangkan muka anda di cermin.tentu burukkan..jadi katakan pada hati yang sebenarnya anda mmpu utk menangani petrasaan marah itu dgn cara yang baik.
    .-= surihati_ku´s last blog ..Nabi Yunus a.s. Ditelan Ikan Nun =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  13. mcm mna nak ilang kn stress..kebelakangan nie sya sgt stress..sya xtaw apa puncanya..sya rsa mcm nk fuck je sume owg..tmbh lak owg 2 sketkn ati sya..apa patut sya buat????????ptut ke sya fuck ja sume owg???plizz..help me……..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  14. assalamualaikum suri…

    nak citer skit…. skrg ni sya stress giler cuma tak giler je lagik…. cam gini storynyer…. panjang tapi sya pendek2kan…. sya ada sorang kawan… kawan lelaki laa tapi bukan bf pun… just a friend…. dulu kami keje sepejabat… sebahagian dan seunit… apa je pasai kejee mmg kena handle samalah… But kawan sya ni penah alami sikit masalah mental… tapi i think dia lum giler la…. walaupun sya dah bertahun satu unit dengan dia…. sya kurang ambik pedulik sgt apa nak jadi dengan kawan sya ni… cuma bila makin hari makin hari… kawan2 seopis kami mula bercerita ttg penyakit pada kawan sya ni…. ramai cakap dia giler.. cuma kerana dia kena kerap berjumpak dr dan dia cepat jadi takut walaupun hanya kesilapan kecil ataupun tibanya waktu malam… ada yang ramai kata dia takut pada kematian…. sampai satu peringkat… sya jadi cukup simpati pada nasib dia….

    walaupun dah 3 thn bekerja sekali… hingga masuk ke akhir tahun ke 4 baru simpati sya datang utk menyelami masalah kawan sya ni…sya jadi supporter dia sepenuhnya… banyak bagi advise… banyak bantu dia apa yang sepatutnya….hubungan kami makin lama makin akrab… hingga ada suara2 kecil mula menghidu hubungan kami berdua… utk pengetahuan suri jugak.. kami sebenarnya sudah ada family masing2 namun bila kami bekerja di unit yang sama…. sya rasa sudah jadi tjawab sya utk membantu dia….
    samapi ke satu tahap hubungan kami semakin intim hingga terbitnya perasaan lain yang tak penah diundang datang…. kami mula ada perasaan cemburu dan sya adakala mula bertekak dengan dia walaupun hanya perkara kecil.. setiap pergaduhan itu ada ketika kami berdua yang mulakan…. dari hubungan yang cukup tenang hingga menjadi hubungan yang cukup memeningkan…. tapi kami bergaduh dan kami akan berbaik semula…. sampailah ke satu peringkat…. kami terlanjur…. akhirnya selepas perkara begini berlaku .. dia dipindahkan unit tapi di masih opis yang sama… bermula dari detik ni hubungan kami makin renggang dan pergaduhan jadi makin rumit…. kesabaran saya dan kesabaran dia mula sampai ke puncak… akhirnya meletuplah satu pergaduhan yang amat besar antara kami berdua hingga melibatkan pihak atasan masuk campur….

    Selepas dari peristiwa tu.. dia ditukarkan ke bahagian lain di daerah lain dan saya masih di tempat lama… jarak kami makin jauh…. selepas berpisah…. hampir setahun kami cuba berbaik semula dan mula berbicara selepas hampir setahun mendiamkan diri… saya tidak penah berhenti menghubungi dia sekadar bertanya kabar…. namun pada awalnya dia hanya mendiamkan diri…. dan akhirnya kami cuba berbaik…. hakikatnya cara perbualan kami jauh berbeza dari dulu… banyak apa yang dibualkan hanya sekadar utk dia melepaskan rasa marahnya yang lama terpendam… sekadar utk beri saya rasa kecik hati… setiapkali selesai perbualan saya pasti akan menangis… namun sekiranya kawan2 lain bertanya.. dia selalu berkata kami cuba berbaik semula dan hakikatnya hanya saya yang tahu. Paling menyakitkan hati saya…. dia mengandaikan saya seperti seorang pelacur… malah dia penah menyuruh saya melayani nafsu kawan2 lain seperti mana sya melayani nafsu dia dulu…. tapi sya terus bersabar hinggalah ke saat ini…

    Sampai ke satu tahap…. atas kata2nya yang begitu tajam dan gurau sendanya yang begitu menyakitkan…. kesabaran saya tidak dapat dibendung lagi…. saya meluahkan segalanya dalam sms…. malah sya samakan dia seperti setan….yang hanya tahu merosakkan orang lain tanpa menghargai dan memikirkan pengorbanan orang lain padanya…. kalaulah suri dapat peluang utk mendengar perbualan kami… pasti suri tidak akan rasa marah terhadap apa yang saya katakan padanya tu…. hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati saya…

    namun demikian saya tetap menghubunginya kerana utk dapatkan penjelasan serta kepastian… saya tak mahu lagi kasih sayangnya… belaian manjanya dan gelak ketawanya.. apa yang saya mahu hanyalah penjelasan… kenapa dia samakan sya seperti pelacur dan sanggup menjual saya pada kawan2nya pula….. walaupaun cara jualannya hanya melalui kata2…. baginya itu hanyalah gurau senda sahaja…. patutkah sya menerima kata2nya itu?? sekarang dia menyepi semula selepas saya menggelarnya ‘setan’….. namun hati sya takkan tenang selagi sya tak mendengar penjelasannya….

    Utk pengetahuan suri juga… saya bukan saja tergadai maruah diri malah sya juga rugi wang ringgit keran kata2 manis dan pembohongannya yang amat terancang…. bayankanlah… hati mana tak tersentuh sekiranya anak kecil menangis laparkan susu namun tidak dibeli hanya kerana tiada duit…. siapa tak tersentuh juga jika anak2 terpaksa berlapar hanya tiada duit….. dari kata2nya yang sedemikian rupa saya mengalah dan membantu semampu boleh…. akhirnya bila duit diperolehi .. jawapan esoknya dia akan kata duit2 yang sya beri hanya utk berpoya2 dan duit itu takkan sekali dia gunakan utk makan minum familynya…. tak terasakah hati sya ni ??? wang tu titik peluh keja saya sehari2 dan duit tabungan yang sya simpan utk anak2 sya sendiri… bukan duit dari sya mengadai diri…. kalau tergadai pun diiri saya…. pelanggan sya cuma seorang saja iaitu kawan sya sendiri…. pada mulanya sya halalkan wanga yang sya berikan sekiranya itu utk anak2nya… namun sya tak boleh halalkan duit tu kalau hanya utk berpoya2…. dia marahkan sya dan kata sya mengungkit…dia kabarkan pada semua orang yang sya menipu hinggalah kawan2 di opis penah menuduh saya dengan pelbagai tohmahan…. malah sya penah dicaci… dikutuk dihina dan tidak diperdulikan…. apa yang mampu sya lakukan hanyalah menangis…. sekarang dia lepas tangan atas semua tjawab dia… atas semua perbuatan dia….

    Saya sedih kehilangan kerana sya sayangkan dia… namun hati sya makin kuat makin tabah setiap kali apa yang berlaku…; bagi sya Allah itu ada dan Allah akan tunjukkan pada sya segala2nya dan sya cuma berharap… apa yang berlaku pada nya sya masih sempat utk melihatnya…. saya tak mahu ketinggalan walaupun sesaat… Dia makin ego makin bongkak makin sombong…. makin sya menghubunginya makin jauh dia lari dan bila ditegur dia seolah tidak kenal siapa saya…. mungkin betullah kata orang… kita ni bila makin senang kita makin lupakan diri….

    Cuma…. bila sya kesunyian… kesepian…. kenangan pasti datang dan perbuatannya akan terbayang satu persatu di mata saya….samada yang baik atau sebaliknya…. malah kata2 .. janji2nya….. baik kata2 manis atau pahit sentiasa saya dengar….. ada ketika sya penah terjaga dari tidur bila teringatkan semua perbuatannya itu…. malah saya makin tertekan bila terdengar setiap kata2nya yang tersu menyakitkan hati sya….. dan palaing sya tak dapat luapkan dan sentiasa sya ingat… bila dia nak sya melayan nafsu org lain seperti mana sya penah melayaninya dulu… ada ketika sya tak mampu menahan airmata… dan menangsi semahu2nya…. malah ada ketika ada kawan2 lelaki lain seolah cuba mengambil kesempatan pada saya… malah cuba menambah rasa sakit hati sya… seolah berada di pihaknya dan menyokong setiap perbuatanya itu… Tolonglah suri… apakah tindakan yang perlu saya ambil utk keadaan saya ini malah apakah yang perlu sya lakukan bagi sya mendapatkan penjelasan sepenuhnya…. Suri… walauypun sayang saya masih ada padanya tapi sayang sya makin luntur kerana sikapnya….. tapi percayalah suri… sya tak penah abaikan family sya walaupun sedikit dan tindakan sya di luar batasan ini juga adakala kerana sikap suami sya yang susah utk berkerjasama dengan saya utk mengurskan rumahtangga…. namun segalanya sya pikul seorang diri… 2 lelaki dalam hidup sya bukan memberi sya semngat dan sokongan tapi kehadiran mereka hanya semkin mengurangkan rasa sayang sya shaja…. sya terlalu letih dengan 2 lelaki ni.. letih dengan kerenah mereka yang tak tahu erti sebuah tjawab…. terima kasih suri dan sya harap suri boleh membantu….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @atie,
    Salam sahabatku..
    maafkan suri atas kelewatan membalas komen anda dan terus membuatkan anda dan yang lain2 tertunggu-tunggu. Hu..sungguh padat dan rumit sekali masalah anda.

    Bailkah pada pandangan peribadi suri adalah sebaiknya anda melupai si dia. kembalilah kepada kasih sayang anak2 anda pd suami tercinta. kerna itu lebih berbaloi dari anda mengenagkan kembali saat2 indah, suka, pahit bersama2 dengannya waktu ketika dulu.

    Hati wanita memang mudah terasa pada keadaan dan suasana di sekeliling sehingga kadangkala kita terlupa bahawa siapa diri kita yang sebenarnya..??

    Ia, suri akui manusia mmg sering kali terlepas pandang pada kdaan di sekeliling takala rasa simpati telah berputik kepada rasa cinta tapi anda harus bangkit dari kelukaan tersebut. Anda sepatutnya sudah melupakan dia sedikit demi sedikit namun mengapa anda ingin meminta penjelasan dari dia? sedangkan anda tahu dia sebenarnya bukannya manusia yang baik tapi manusia yang bertopengkan syaitan semata-mata yang hanya mahu melepasi nafsu kepada anda serta mengambil kesempatan thdap kewagan anda sahaja.

    Sahabat..
    terbitkanlah rasa kekesalan itu dalam diri sebab semakin panjang talian kesedihan anda pada dia suri yakin maka semakin sukarlah anda hendak melupakan dia. Ingat, anda juga bernasib baik sebab dia tidak menggugat keidupan anda seperti yang lain-lain namun anda harus sedar bahawa jika kita lemah untuk menangkis perasaan tersebut kpd dia bermakna kita juga telah terpedaya dengan ajakan syaitan durjana untuk melakukan satu kesilapan yang sama untuk berulang kalinya.

    Fikirkanlah kembali untuk apa anda mengenangkan semula tentang dia? apa yang ada pada dia sehingga anda begtu menunggu akan penjelasanya??

    Ingatlah seorang isteri yang baik tidak akan sesekali bermaian emosi di belakang pasangannya hatta pada orang lain sekalipun..suri mohon surutkanlah kembali perasaan itu terhadap dia tanpa anda sedari bahawa anda juga telah mencipta dosa sedikit demi sedikit.

    Lelaki??
    ia mmg sukar dimergertikan sebab ada jua antara mereka sukar untuk memahai kehendak..naluri seorang wanita walhal hati seorang isteri sekalipun.Namun tidak semua lelaki bersikap sedemikian mungkin hanya separuh darinya sahaja itupun jika kena pada caranya.

    Apakata anda eratkan kembali hubungan ada dgn suami dan anak2 kembali. mana yang regang dirapatkan semula. suri yakin jika dia boleh melupai anda dgn begitu enting sekali masakan anda sebagai kaum hawa tidak sekuat hati utk melupakan dia?? come on ;)

    Sahabatku..
    walau apa yang terjadi keluargalah harus diutama. Mengapa? fikirkanlah sekiranya, contohnya kedua ibu bapa anda tlh tiada di dunia ini lagi..maka pada siapakah harus anda mencari tempat perlindungan..tempat mengadu kasih, berteguk rasa cinta dan sayang??hurm..sudah tentulah pada rasa itu akan tercurah pada suami anda kerana dialah pasagan hidup anda untuk meneruskan sisa kehidupan ini. dan itulah tempat marah,benci, suka anda kepadanya, tempat mengaduh sakit lelah dan sebagainya..

    Fikirkanlah kebaikannya dan jangan terlalu memikirkan keburukan suami shja.di dalam perkahwinan mmg kaum hawa perlu byk sabar dgn kaum lelaki jika tidak pasti rumahtangga akan berpecah belah..sabar itu perlu.

    Ingatlah sahabatku..
    sebaik2, sejahat2 dia..dia ttp suami anda yang sah. dan yang selebihnya itu anda usahakanlah dengan berdoa semoga hatinya lembut agar dia menjadi seorang insan, ayah, suami yang bertanggungjwab kepda anda dan anak2 kelak.Amin. Apapun ada jugalah harus memulakan langkah kanan dahulu untuk mengubah diri anda kepada kadaan yang sepatutnya. Insyallah yang lain akan mengikutinya dari belakang. Percayalah. :)

    Anda wajar rasa bersyukur dgn segala khdupan yang anda kecapi tapi bukan utk ditangisi semata-mata.Ingatlah kembali apa tujuan anda berkahwin dengan pasangan anda adakah ia secara suka2 atau sekadar tempat melepaskan nafsu semata-mata..bukankah tujuan sebuah perkahwinan itu di bentuk atas tujuan untuk mendapatkan pahala seberapa banyak yang mmpu utk kita kutip dibawa ke bekalan ke akhirat kelak???..

    Fikirkanlah jauh2 wahai sahabat..kita semua adalah manusia biasa dan sama dimataNYA, apa yang membezakan kita adalah amal ibadat dariNya.

    p/s:ini adalah pandagan peribadi suri sahaja. sekiranya anda terasa hati suri minta maaflah banyak2.
    wasalam.
    .-= surihati_ku´s last blog ..Nabi Yunus a.s. Ditelan Ikan Nun =-.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  15. assalammualaikum ,
    saya nak tanye sikit ni ,
    saya ada seorang rakan ni ,
    die beritahu saya ,
    doctor ckp die mengalami stress tahap ke 2 , dan ad pnykit di bahagian otak ,
    adakah disebabkn stress itu die dapat penyakt tu??
    penyakit pe tu??
    saya mohon sangat2 , bantu lah saya ,
    beri lah ape2 nasihat atau cara2 untuk saya dapat membantu die pulih dati penyakit ini,
    doctor ckp pnyakit ni agak serius ,
    saya mohon sgt2 bantu lah saya ,
    saya betul2 sayang kan die,
    saya tak mampu untuk kehilangan die.,,.
    saya mohon ,
    ini email saya monkey_triple@yahoo.com ,
    emailkan lah dekat saya ,
    thnks .,,

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  16. hye kak suri..lin nk tanye ..cmne r nk hilang kan stress kat ruma ni…rase cam sume org nk salah kan saye ..bile saye nsht dorg kdg2 xtrime dan kdg2 dorg marah..sye ade problem ngn fmly..bkn sye nk burok2kn kluarge sndri..sye xleh nk release tensen kt lua..mk sye xbgi..ade la jgk ..cm stahun tu 3x je mk sye bgi klua ngn membe..common r..im 7teen..dorg xpena phm sye,..yg abg sebok pntgkn awek dorg..yg akk keras pale..yg mk ikotkn suami bru die..yg membe main blkg..nk kate sye lmbut x gk…sume nk keras pale..sye je yg nk kene mengalah sbb sye hye ”7teen”…sye slalu nk brsuare bt dorg slalu halang…sket ati …jd cmne kak suri??

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  17. Pingback: ~~ Tension ? ~ « uchihashikamaryu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam