10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa

Share

SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

  • 1. Memberi bantuan keewangan

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

  • 2. Menyediakan tempat tinggal

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

  • 3. Memberi kasih sayang

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24)

4. Memberi perhatian

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

  • 5. Memenuhi permintaan

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu Baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab Baginda: “Berjihad pada jalan Allah.

  • 6. Melakukan apa yang disukai

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

  • 7. Bercakap dengan lemah lembut

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua.. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

  • 8. Menghadiahkan kejayaan

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

  • 9. Meluangkan masa bersama-sama

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

  • 10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

Diterima melalui email daripada nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com) (1289)

Artikel-artikel lain yang menarik :

Share

21 thoughts on “10 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Ibu Bapa

  1. Hanya anak2 yang boleh membantu ke2 ibubapa melalui doa supaya diampunkan dosa-dosa ibubapa yg lalu.

    Iyelah.. mereka kan dah jaga, bg mkn, sekolahkan kita dari kecil sampai berjaya.

    Lagipun, makin banyak kita bagi mereka makin banyak rezeki yg kita dapat balik dan rezeki tak putus. Insya’Allah.

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    surihati_ku Reply:

    @azlina k,hai azlina, saya setuju degan pandangan anda tu..

    kalu saya dalam seminggu sekali pasti akan call ibu & ayah saya sebab saya dok jauh dari mereka..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 3 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  2. Disini saya ingin berkongsikan pengalaman semasa arwah emak dan emak mertua saya masih hidup, Semasa kehidupan mereka, mereka amat suka tinggal di kediaman saya pada ketika itu, dan saya pernah berkata kepada mereka supaya akan dapat membahagikan masa untuk berkunjung ke rumah anak-anak mereka yang lain, namaun apa jawapan yang saya terima, mereka merasa seronok dan selesa tinggal di kediaman saya.

    Akan tetapi apa yang saya dapat gambar pada ketika itu keadaan kehidupan saya dan keluarga cuma ala kadar sahaja, inda jua mewah, inda jua susah, dalam erti kata lain tengah-tegah lah tu.

    Semasa mereka diam di rumah saya, semua kehendak mereka saya turuti namun ada kalanya kita naik marah maklumlah mereka-mereka ini akan kembali menjadi semacam anak kecik.

    Setelah masa berlalu tiba saatnya mereka meninggalkan kami, apa yang saya dan keluarga perolehi dalam masa yang tidak disangka sangka, maka kehidupan kami berubah tanpa kami sedari.

    Dari itu apa iktibar yang kita dapat disini, tolong jgn mendurhakai mereka, walau apa keadaan dan kerenah mereka. Pls

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

    umu khitton Reply:

    ibumertua saya berumur 80 tahun masih kuat,boleh memandu lagi,..saya pernah tinggal bersama nya selama 11tahun..tapi kalau nak diceritakan pengalamannya sungguh menyedihkan sekali.. dari anak pertama sehingga anak ke4…umur anak ke4 tuu…2bulan kami pindah kerumah baru kami…itulah hari yang paling indah buat saya…sebelum ini hari yang terindah bagi saya adalah hari perkahwinan saya….dan sya begitu teruja untuk tinggal bersama ibu&bapa mertua pada masa itu….tapi x sampai beberapa hari bersama mereka…saya rasakan mereka seolah2 tidak selesa dengan saya…mungkin disebabkn anak mereka,mereka terpaksa menerima saya juga…(sebelum ini suami saya tinggal diluar negara.)sayang mereka pada anak mereka saya rasakan seolah2 mereka cuba untuk menerima saya…tpi body language mereka menyatakn sebaliknya…saya jalankan tugas saya seperti yang dituntut oleh agama.hormati mereka, sayangi mereka, layani mereka macam ibubapa sendiri…sayalah menguruskan rumahtangga memasak,mengemas,…menolong mereka mengusaha perniagaan mereka….begitulah setiap hari..anak2 sya hantar ke rumah baby sitter… sebab dari awal lagi ibu mertua ku ini dah bagitau siang2 semasa mengandung lagi…dia tak suka nak jaga baby2 niii…kalau beranak nanti pandai2lah cari orang menjaganya….alhamdullilah Allah sentiasa mempermudahkan saya..sya mempunyai seorang penjaga yang begitu penyanyang sekali pada anak2 saya…semoga Allah sajalah yang membalas jasa2nya…berbalik pada ibumertua ku ini…bila dah kita antar anak pada orang…jadi anak2 kita mestilah sayang pada pengasuhnya kan!….ini lah mula nya jadi cerita yang tak menyenangkan hati…dia bawa cerita pada kawan2 jiran2 mengatakan saya ini tidak bagi dia menjaga cucu dia…sya jauhkan cucu2 darinya….sya antar anak ke pengasuh pukul 9 hingga pukul 6ptg lepas tu semua pulang ke rumah dia….makan sama2..cumanya anak2 tidak berapa mesra dengan atuknenek mereka…mereka lebih suka pada pengasuh lagi..dipendekkan cerita…cucu2 mula menjauhkan diri dari datuknenek mereka….sya tidak pernah mengajar anak2 saya untuk membenci atuknenek mereka tetapi cara mereka melayani cucu2 mereka yang mebuat cucu2 beralih sayang mereka kepada orang lain…masaalah demi maasalah timbul…tapi aku begitu banyak bersabar…sampai satu hari bapa mertuaku jadi sakit nazak di hospital…..dia mula bercakap sendirian semasa dia didlam nazak memanggil2 nama suami ku………Malik!malik!! Kau jangan kawin dengan budak hindu itu hitam!hitam!..carilah perempuan lain….ayah tak suka!!!!dia asyik menyebut2…ayat itu….suamiku tidak ada pada masa itu..cuma aku dan adik ipar ku saja..yang ada berdekat dgannya….Hati aku begitu sedih sekali pada masa itu rupa2nya selama ini memang mereka tidak menyukai aku disebabkan aku tidak setaraf dengan anak nya…aku berkulit gelap dari suami ku…keturunan mereka semua berkulit cerah…akulah satu2 menantu nya yang berkulit gelap…sampai begitu sekali bencinya mereka pada aku…disebabkan hanya perbezaan kulit…sebab itu lah semasa aku mengandung kedua2 mereka selalu memperli aku anak yang akan aku bersalin nanti jangannnn lah berkulit gelap tapi kuasa Allah semua anak yang aku lahirkan kesemuanay perempuan dan berkulit cerah lebih cerah dari datuk nenek mereka….selepas bapamertua meninggal…ingatkan ibumertua akan berubah..tetapi rupa2 nya dia meraih simpati dari kawan2 nya mengatakan aku bermcm2 hal sampaikan dia sewakan bilik2 di rumahnya pada orang hanya untuk menyakitkan hati aku dan seterusnya dengan niat untuk menghalu kami. Selepas itu aku memujuk suamiku supaya belilah rumah sendiri alhamdullilah suami setuju dengan cadangan aku..aku bersyukur sangat2 selama 2 setengah tahun menunggu rumah kami siap entah berapa banyak fitnah yang dia buat pada ku tapi aku tetap bersabar dan berdoa dan terus berdoa sehinggalah padapenghujung 1997…kamipun berpindah keluar selepas rumah yang kami beli siap….tinggallah dia di rumah nya kesaorangan….dia mempunyai 3 lagi menantu tetapi semua ada saja tidak kena padanya….entahlah sya selalu memohon Allah memberi pertunjuk kepadanya..sehingga lah kehari ini….saya dan suami seminggu sekali insyaallah akan menziarahi nya…dan kadang2 bawa dia pulang ke rumah…dan dia sudah tidak cerewet seperti dulu lagi cuma….Allah uji saya dengan perangai kebudak2kannya….tapi saya melayani nya insyaallah dengan baik…dan saya dapat rasakan dia menyesal atas apa yang dia lakukan terhadap saya dulu… alhamdullillah anak2 saya, yang sulung berada di universiti tahun ke3 Jurusan Perubatan, anak ke2 matrikulasi, ke3 tingkatan 2, ke4 tunggu keputusan UPSR..semoga anak saya dapat pencapaian yang cemerlang nanti insyaallah..keputusan akan di umumkan minggu depan…sekarang cucunya sudah besar dan semuanya menyayangi nenek mereka..tidak ada dendam berdendam di hati saya…Inilah ujian yang terpaksa saya tanggung dalam tempuh 24tahun perkahwinan saya… kesimpulannya apa2 pun dugaan yang kita tempuhi kita tempuhi lah dengan sabar….

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  3. tiap ari msti tipon mak, tiap bulan msti balik.. kirem duit..(agar berkat) suke dgo sore die bile aku tipon, msti ade akhirnye “..nak..tak de nak, ye nak..”..aku tau, aku pe yang aku dpat skrng ni, kerjaya n pendidikan sdikit sbyak dah hepykan dieowang..bukan sket duet dieowng laburkan untuk aku.. die msti rindu kt ank die yg jahat ni..dkt suke gadoh.. dh dok jauh baru padan..tp bagos gak dpt jauh baru tau rindu..dulu pelik..napela balik tiap bulan.tk boring ke.. dh dok jauh..baru tau.. tulah tanggungjawab ank ” ziarahi ibu bapa bile jauh’ ( teringat mase kene hafal kafa darjah 6 dulu..hehe) smpai skrang ingt.. yaAllah hambaMu ini tlalu syg n pentingkan keluarganya… rahmatilah mereka.. jadikan aku anak yang mampu membahagiakan mereka selagi mereka hidup.. jgn kau timpakan mereka dgn masalah ketika ku bjauhan dgn mereka… amin..

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 0 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  4. salam semua…
    nak berbakti dgn kedua org tua memang susah terutama bila kita ada family sendiri, nak bg duit banyak,kita pun kekadang tak cukup,nak bercakap lembut kekakadang kita terkasar gak, doakan utk mereka…kekadang terlupa gak…dah tu macamana….yang penting kita cuba….utk melakukan segala-galanya untuk mereka, walaupun sedikit…apa yang kita mampu kita buat je,sebab apa?kita pun ade anak-anak..tak takut?apa yang kita buat kat mak ayah kita akan dibalas kelak?fikir-fikirkan……

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

  5. Salam Perkenalan,

    “Seperti yang di alami ramai ibu bapa, anak – anak remaja akan mula menjarakkan diri dengan ibu bapa mereka apabila mereka mula mempunyai kehidupan sendiri.

    Apabila mereka ada tenaga dan kemahiran untuk berkawan dan membawa diri, mereka akan mula menjarakkan diri dari anda.

    Akibatnya anda mungkin akan hilang jejak akan aktiviti anak anda jika anda tidak mengawasi mereka dengan betul.”

    Terima kasih saya ucapkan dengan artikel yang sangat bermanfaat ini ;)

    Amir Azros
    http://pakarkeluarga.blogspot.com/

    Suka Hijau / TakSuka Merah : Thumb up 1 Thumb down 0

    [Balas Di Sini]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam